ADAKAH pengenalan model terbaharu, Proton S70 lebih menarik dan mantap jika dibandingkan dengan varian sedan yang pernah dihasilkan pengeluar kereta nasional tersebut sebelum ini?

Mesti ramai tertanya-tanya sejauh mana kehebatan prestasi dan desain yang ditawarkan fitur baharu itu yang memiliki Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) tahap dua.

Meh sini! SinarPlus nak kongsikan serba sedikit fakta menarik mengenai Proton S70.

Baru-baru ini, kami berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan tersebut sempena program reviu eksklusif media di Proton Centre of Excellence, Subang Jaya, Selangor.

proton s70

Menariknya, model terbaharu tersebut ditawarkan dengan empat pilihan varian iaitu Proton S70 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X.

Proton S70 1.5T Flagship X paling premium kerana dilengkapi dengan kelebihan bumbung panorama sekali gus menaikkan lagi seri desain sporty tersebut.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holding, Roslan Abdullah berkata, pengenalan model sedan baharu tersebut diyakini mampu memenuhi permintaan semasa.

“Kita cuba untuk mengembangkan lagi prospek pasaran dengan pilihan sedan yang dilengkapi dengan ciri teknologi termaju sekali gus memberi saingan dalam pasaran tempatan.

proton s70

“Soal prestasi enjin, 1.5 liter (L) turbo yang diperkenalkan untuk model ini bersesuaian dan selesa untuk kegunaan seharian,” katanya pada sidang media sempena program tersebut.

Baca juga Proton X90 jadi pilihan banyak keluarga di Malaysia. Varian yang lebih jimat minyak, mesra alam

Seperti yang pernah dihebahkan dalam media sosial sebelum ini, jentera segmen C berkenaan dikuasakan dengan enjin 1.5L dengan 150PS dan tork 226Nm.

proton s70

Tambah menarik, ia disertakan dengan sistem transmisi tujuh kelajuan dwiklac (DCT) dan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Sport, Comfort serta mod stereng.

Berikut spesifikasi lain Proton S70:

Iklan

i) Desain gril hadapan dengan corak songket dan infinite weave yang menjadi ciri signatur Proton bersama Geely.
ii) Lampu LED beritma pada bahagian depan dan belakang serta rim aloi dwiwarna bersaiz 17 inci.

proton s70
iii) Lengkap dengan sistem ADAS tahap 2, antaranya ciri keselamatan Milimeter Wave Radar dan sistem kamera monocular.
iv) Ciri kerusi boleh laras elektrik, sistem pendingin hawa automatik bahagian depan dan belakang.

Baca juga Proton perkenal SUV hibrid pertama negara, X90 yang lebih jimat minyak dan mesra alam

proton s70
v) Miliki enam port pengecas USB untuk type-A dan C tanpa wayar.
vi) Aplikasi Proton Link dengan fungsi arahan suara Hi Proton.
vii) Paparan skrin 12.3 inci, meter LCD 10.3 inci dan kapasiti ruang simpanan kabin 500L.

Baca juga Model klasik Proton Saga 2022 berwajah baharu, lebih premium dan jiwa muda. Harga pun mampu milik

Terdapat tujuh rona pilihan iaitu hitam, biru, merah, kelabu, perak dan putih, selain Teal Bayou Green sebagai warna baharu untuk versi Flagship dan Flagship X.

Iklan

proton s70

Meskipun harga belum didedahkan lagi, namun nanti pengumuman rasmi tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.proton.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang