Cuci mata cari barang vintaj & rare. 6 pasar karat popular yang ramai cadangkan

A
A
A

PASAR karat memang terkenal dengan pelbagai jenis barang vintaj dan antik.

Kalau bertuah, mungkin kalian dapat jumpa item rare yang berkualiti tinggi untuk koleksi peribadi.

Antaranya seperti tembikar, seterika, busana, kaset, CD player, cermin, poskad, gelang, rantai, cawan, pinggan, radio dan macam-macam lagi.

Paling best, kalau barang yang kita berkenan dapat dibeli pada harga murah.

Pun demikian, untuk item yang jarang-jarang kita jumpa, nilainya boleh tahan juga.

pasar karat

Di Malaysia, sudah banyak penempatan pasar karat yang dibuka untuk jualan umum.

Kalau kalian ada masa lapang untuk hunting barangan tertentu atau saja-saja je nak jalan, berikut pilihan tempat yang SinarPlus cadangkan untuk disinggahi:

pasar karat Kredit foto: Facebook Pasar Karat Petaling Street KL.

Pasar Karat Chinatown KL

Alamat: Petaling Street, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 4 pagi hingga 10 pagi

Keunikan: Barangan bundle, koleksi item lama dan baharu

 

pasar karat Kredit foto: Instagram ViralPerak.

Pasar Karat Teluk Intan

Alamat: 220, Jalan Intan 8, Bandar Baru Teluk Intan, Perak

Waktu operasi: 8 pagi hingga 12 tengah hari

Keunikan: Duit lama, koleksi barangan antik dan terpakai

Baca juga Sate Kassim Pasar Sentul, Nasi Kalut Jitra Mai, 2 kedai makan legend. Berikut 3 lagi destinasi menarik

pasar karat Kredit foto: Instagram burnbakarbundle76.

Pasar Karat JB

Alamat: Jalan Segget, Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 6 petang hingga 2 pagi

Keunikan: Buskers, aneka makanan, pakaian, aksesori gajet dan barangan terpakai

pasar karat Kredit foto: Blog WCY COLLECTOR.

Pasar Karat Alor Setar

Alamat: Kampung Berjaya, Alor Setar, Kedah

Waktu operasi: 7 pagi hingga 1 tengah hari

Keunikan: Barangan lama, perkakas rumah dan item vintage

pasar karat Kredit foto: Facebook Penang Kini.

Pasar Karat Rope Walk

Alamat: 11A, Jalan Selat, Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 3.30 petang

Keunikan: Pelbagai jenis makanan, minuman, pakaian, aksesori, perkakas berat dan antik

Baca juga Dulu beg pasar malam dan toto. Kali ini Balenciaga ‘buat hal’ perkenal ‘trash pouch’ ilham daripada beg sampah

pasar karat Kredit foto: Blog erisgoesto.com

Pasar Karat Melaka

Alamat: Jalan Lekir, Melaka

Waktu operasi: 6 petang hingga 2 pagi

Keunikan: Jualan barangan vintage, makanan dan minuman

Selain senarai yang dicadangkan di atas, kalian boleh share info menarik yang mungkin ramai orang tak tahu lagi mengenai pasar karat di tempat anda.

pasar karat

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca