Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

A
A
A

CUCUR udang kudapan yang disukai ramai. Diperap dengan yis dan digoreng rangup, kuih orang lama ini amat popular sebagai menu minum petang.

Bagi yang ingin mencuba kesedapan cucur udang, resipi mudah dikongsi Fatimah Saari ini boleh dicuba.

"Ada cikgu nak order coq (cucur) udang. Alhamdulillah siap dengan sos homemade."

Baca juga: Sedapnya tom yam goong Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

Baca juga: Gara-gara resipi burger ala prosperity Khairul Aming, daging oblong Ramly laku keras, sold out di kedai

CUCUR UDANG

Bahan-bahan

850 gram tepung gandum

1 biji telur

1 sudu besar yis Mauripan [ BELI DI SINI]

Sedikit garam [ BELI DI SINI]

2 sudu besar gula

Kucai (RM1)

Tauge (RM1)

1/2 batang carrot (disagat)

Bawang merah (racik halus)

1 kiub ikan bilis [BELI DI SINI]

Serbuk kunyit [ BELI DI SINI]

Air (secukupnya)

Cara penyediaan

1-Gaul tepung dengan garam, gula, yis, serbuk kunyit dan pati ikan bilis.

2-Masukkan sayuran. Gaul rata, tambah air dan telur.

3- Bancuh jangan cair sangat atau terlalu pekat.

4-Perap selama 30 minit.

5-Sebelum menggoreng panaskan senduk bulat dalam minyak supaya ia panas.

6-Sendukkan adunan dan letak seekor udang . Masukkan ke dalam minyak. Goreng api perlahan supaya cucur masak sekata luar dan dalam.

Menurut Fatimah, adunan ini boleh menghasilkan 50 hingga 60 biji cucur rangup dan gebu mengikut cara menggoreng masing-masing.

"Kalau nipis rangup lagi dapat banyak. Saya buat tebal-tebal.

"Saya tak guna soda sebab guna serbuk kunyit nanti jadi merah bila goreng. Lagipun bau soda menyebabkan cucur menyerap banyak minyak," katanya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cucur manis viral rangup & lembut, guna 4 bahan jer. Gentel-gentel baru goreng. Simple & comel je!

Baca juga: Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

Baca juga: Resipi jemput malas gebu mudah sangat, cecah dengan kuah lada kering memang padu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca