SETIAP individu mungkin akan mengalami situasi yang dinamakan burnout tanpa disedari. Sudah mengambil cuti namun diri terasa hilang keseronokan bekerja adalah antara simptom yang dialami.

‘Burnout’ dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.

Baca juga: [VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’

Kepada ‘penderita’ burnout, mereka lazimnya akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

– Tiada lagi keseronokan bekerja
– Bersikap sinis terhadap pelbagai perkara
– Rasa rendah terhadapan pencapaian diri sendiri
– Tidak pulih di antara hari-hari bekerja (cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad)

Kredit foto: Pexels

Ia berlaku apabila individu itu sudah tidak mampu lagi menampung tekanan dan apabila sumber kekuatannya semakin menyusut.

Berikut adalah punca-punca burnout yang mungkin berlaku di sekeliling yang mencetuskan situasi tidak sihat:

Berkaitan kerja
-Tiada kawalan terhadap kerja terlalu banyak
– Kurang pengiktirafan di tempat kerja
-Kerja monotonous (membosankan)

Cara hidup
-Tiada keseimbangan kerja dengan kehidupan
-Kurangnya hubungan rapat yang menyokong
-Tidur yang tidak menentu

Ciri personaliti
-Terlalu mahukan kesempurnaan atau perfectionist
-Target tinggi
-Pandangan negatif terhadap semua
-Berasa perlu mengawal segala-galanya

Baca juga: Apabila ibu rengsa jadi seorang ibu, itu petanda parental burnout. Ini inti pati yang ramai perlu tahu

Iklan
Kredit foto: Pexels

Jika gejala ‘burnout‘, anda dicadangkan untuk melakukan perkara seperti berikut:
– Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja
– Melakukan hobi dan aktiviti luar yang disukai
– Mengamal pemakanan seimbang, senaman dan tidur yang cukup
– Kurangkan bermain gajet seperti telefon bimbit.
-Kenal pasti punca masalah ‘burnout’ dan perbaiki.
– Tingkatkan komunikasi antara rakan sekerja dan majikan

Semoga membantu!

Baca juga: Isteri tinggi suara, moody itu tandanya penat, sanggup pendam sahaja tak mahu suami serabut

Iklan

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi