'Daripada suri rumah yang nothing.' Wanita ini pernah raih RM18K hasil berkebun di laman rumah, memang inspirasi!

A
A
A

'Daripada suri rumah yang nothing.' Wanita ini pernah raih RM18K hasil berkebun di laman rumah, memang inspirasi!

KISAH wanita bernama Siti Nur Fazidah cukup menarik untuk dikongsikan.

Beliau ialah simbol contoh kegigihan seorang isteri dan juga ibu kepada empat cahaya mata yang terpaksa tinggal berjauhan (PJJ) dengan suami suatu ketika dulu.

Akui empunya diri, daripada seorang suri rumah yang ‘nothing’, beliau bangkit untuk mengubah kehidupan.

Baca ni Tanam ubi keledek guna polibeg, cukup mudah, laman pun cantik. Sesuai untuk newbies!

laman rumah

 

Bayangkan, berbekalkan modal RM60, Nur Fazidah mula berkebun dan itulah menjadi sumber pendapatan keluarganya, selain laman rumahnya nampak cantik.

Memang sangat berinspirasi kisah wanita ini!

"Saya suka berkebun. Macam orang lain hanya berkebun biasa-biasa sahaja. Namun, saya cabar diri untuk buat sesuatu yang luar biasa iaitu dengan buat landskap dalam kebun. Daripada tanam kubis sepokok dua, saya mampu tanam sehingga 200 ke 300 batang pokok.

Baca lagi Berkebun suka-suka di rumah, rupanya ini yang akan anda dapat

laman rumah

"Selain kubis, ada 30 jenis tanaman sayuran lain juga. Modal ketika itu hanyalah sekitar RM60 untuk membeli biji benih.

"Alhamdulillah, saya mampu menjana hingga RM18,000 dan merupakan jualan tertinggi dalam tempoh empat tahun," ujar beliau yang mengakui agak penat mengusahakan semua tanaman itu, tetapi rasa berbaloi dengan hasilnya.

Beritahu Nur Fazidah, soal berkebun tidak menjadi masalah kerana dirinya memang lahir dalam keluarga seorang pekebun.

Baca lagi 'Projek dekor hujung minggu.' Lelaki ni DIY pintu kabinet dapur guna wallpaper je. Jimat kos & nampak baharu!

laman rumah

Hobinya itu kemudian turut mendorong tuan punya badan memuat naik gambar-gambar hasil tanaman menerusi laman Facebook miliknya.

Bukan itu sahaja, Nur Fazidah turut belajar cara terbaik untuk merakam gambar yang cantik.

"Saya menggunakan nama anak saya iaitu Nur Allia Zahra. Laman Facebook tersebut diwujudkan bukan semata-mata untuk buat jualan online, sebaliknya saya mahu sebarkan semangat berkebun untuk seluruh suri rumah seluruh Malaysia. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Saya jadikan semua gambar-gambar tanaman saya sebagai testimoni sendiri.

"Sejak itu, kehidupan saya berubah. Pendapatan mingguan maintain RM2,000. Saya perluas lagi bisnes online tersebut dengan lebih besar lagi. Saya jual bahan-bahan pertanian seperti baja, racun, polibeg, tanah semai dan banyak lagi," ungkap beliau tatkala mengimbau momen awal mengusahakan tanaman sayuran di rumah.

Baca lagi Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

laman rumah

SUAMI BERHENTI KERJA

Siapa sangka, perkembangan positif tersebut sesungguhnya telah mengubah pandangan suami beliau.

Jika sebelum mereka secara PJJ, akhirnya belahan hati Nur Fazidah memilih untuk berhenti kerja demi membantu sang isteri mengusahakan tanaman di halaman rumah mereka sahaja.

laman rumah

Baca lagi 'Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Laman rumah

"Bertahun-tahun kami (suami isteri) berjauhan, akhirnya suami mengambil keputusan untuk berhenti dan sama-sama mengusahakan tanaman sayuran. Selain berjualan online, ramai orang daripada komuniti terdekat datang semata-mata nak tengok laman dan membeli dengan saya.

"Paling tidak terduga, laman saya juga telah dikunjungi orang dari serata negeri gara-gara iklan saya aktif dalam grup-grup besar. Mereka teruja untuk melihat sendiri tanaman saya. Paling menggembirakan, rumah saya dah jadi checek point untuk tetamu besar (VIP) daripada pihak FELDA (bahagian wilayah) untuk singgah," kongsinya.

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

laman rumah

Mengulas lanjut, wanita hebat itu berkata, kenangan paling indah dalam hidupnya adalah ketika mantan Pengarah Landskap negara menjadi tetamunya sempena pertandingan keceriaan di kampung.

Melihat momentum kehidupan beliau yang semakin memberangsangkan, Nur Fazidah berkata, beliau berusaha untuk tidak mahu lupa diri dan sentiasa ingat bagaimana kejayaan bermula sehingga mampu berada pada tahap sekarang.

Beliau juga mahu buktikan yang dirinya bukan suri rumah yang tidak ada impian.

Baca lagi Guna kaedah fertigasi dan polibeg, lelaki ini kongsi cara tanam golden melon di rumah, tetap subur dan hasilnya menjadi!

laman rumah

laman rumah

Baca lagi 2 beradik usaha kebun anggur guna teknik tanpa tanah. Ini cerita usahawan dari Kelantan

"Walaupun kini bisnes tidak semeriah seperti sebelum ini, namun alhamdulillah masih cukup untuk kami sekeluarga. Jika dahulu saya hanya ada RM20 untuk belanja belanja dapur untuk harian, kini saya lebih daripada itu.

"Pun demikian, saya bukan nak riak, jauh sekali bermegah dengan rezeki yang DIA bagi, namun saya mahu berkongsi dengan orang ramai, khususnya kaum wanita bergelar suri rumah.

"Inilah jalan cerita hidup saya. Berkebunlah, semai-semai dan jual pokok. Ia boleh membantu menjana pendapatan sampingan," ungkap Nur Fazidah lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca