TANAM ubi keledek Jepun di halaman rumah? Bunyinya macam mustahil, tetapi sebenarnya boleh jika kena dengan caranya.

Bagi anda yang memiliki ruang sempit, usah risau kerana kaedah yang digunakan ini tidak memerlukan kawasan yang luas.

ubi

SinarPlus tertarik dengan perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Aqella Ayda.

Beliau berjaya menanam ubi keledek tersebut di tepi pagar laman rumahnya dengan hanya menggunakan polibeg.

Baca ni ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

ubi

Nampak menarik dan kemas kerana disusun rapi, sekali gus mencantikkan landskap kediaman wanita berkenaan.

Bukan itu sahaja, ubi keledek yang diperoleh juga besar belaka.

“Siapa kata tanam ubi keledek Jepun kena tempat yang lapang luas. Tanam dekat rumah taman pun boleh. Saya guna polibeg size 16×16 jer.

“Selain ubi, pucuknya juga boleh dipetik seusia dua bulan. Rasanya cukup manis apabila dimasak,” ujar beliau.

Perkongsian Aqella Ayda mendapat reaksi daripada warga maya.

Baca lagi Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!

ubi keledek

Rata-rata melahirkan rasa kagum dan meminta tip penanaman keledek berkenaan.

“Alhamdulillah dapat rezeki hasil tanam pakai keratan ubi keledek Jepun manis. Berat jugak hasilnya. Sebelum ni saya tanam pakai ubi tetapi tidak menjadi.

“Sehinggalah saya beli benih keratan dengan Mohd Ijat. Alhamdulillah menjadi. Lepas tanam dapat tuai hasil dalam masa empat bulan,” dedahnya lagi.

Aqella Ayda turut berkongsi beberapa tip lain sebagai panduan terutama untuk newbies:

Iklan

Baca lagi Banyak khasiatnya patutlah ubi keledek ungu termasuk ‘Super Food’

ubi keledek

1. Tanam menggunakan keratan yang menjalar,
2. Tanam dalam polybeg yang besar. Masukkan tiga keratan paling maksimum.
3. Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organik.
4. Tidak perlu kerap siram, jika panas betul-betul barulah siram.
5. Apabila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut. Pastikan tidak terlalu pendek. Setelah itu letak baja siraman.

Baca lagi Pening, muntah selepas makan ubi kayu? Itu bukan tanda alahan atau masuk angin tetapi…

ubi keledek
Gambar sekadar hiasan

6 . Apabila usia pokok ubi keledek Jepun dua bulan, boleh petik pucuk untuk dimasak sementara menunggu buah matang.
7. Tempoh matang pokok atau hasilnya boleh dituai sekurang-kurangnya setelah tiga bulan 15 hari.

Iklan

ubi

Baca lagi Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Macam senang jer, kan? Apalagi, kalau ada masa boleh cuba kaedah yang dikongsikan Aqella Ayda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang