PELAKON dan pengacara Elfira Loy memberitahu terpaksa menutup kafe miliknya, Love Me Seven Days, ekoran tidak lagi dapat memberi komitmen.

Menurut Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, dia menyimpan lama berita penutupan itu kerana tidak pasti sama ada mahu meneruskan atau tidak.

“Biar saya kongsi sedikit throwback sejak hari pertama saya mendapat kunci untuk Love Me Seven Days sehingga hari terakhir ia ditutup.

“Saya simpan berita ini agak lama kerana saya sendiri tidak pasti untuk meneruskannya atau tidak.

“Bukan sebab pandemik ke apa tapi kerana keutamaan saya. Saya tidak boleh lalukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik.

“Hari ini (semalam) kami sudah mula mengemas dan membungkus semua barang dan ada juga untuk dijual,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Mengakui sedih dengan keputusan berat itu, ibu kepada Muhamad Rayyan Khalaf itu memberitahu penutupan itu bukan pengakhiran tetapi masih menyimpan harapan untuk membuka semula kafe tersebut suatu hari nanti.

Iklan

“Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik.

“Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe saya, support saya dan sentiasa bagi kata semangat kepadal saya.

Iklan

“Saya juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda. Saya harap ini bukan pengakhiran. Jika ada rezeki nak bukak lagi,” jelasnya.

https://www.instagram.com/p/CCIspPXlxE7/?utm_source=ig_web_copy_link