KEPADA yang menghidap kanser payudara, anda diharap tidak cepat mengalah. Terus berjuang dan melangkah. Jangan sesekali angkat bendera putih terlalu cepat.

Barangkali kisah dua bekas pesakit kanser ini boleh dijadikan inspirasi kepada anda untuk terus bangkit.

Seperti yang dikongsikan Avon, kami coretkan cerita mereka yang cukup menyentuh perasaan.

KISAH HIBA ABDUL RAHMAN

Hiba Abdul Rahman didiagnosis menghidap kanser pada usia muda 25 tahun.

Beliau menjalani kesemua rawatan yang tersedia termasuklah pembedahan, kemoterapi, dan terapi sasaran.

Ya, kesemuanya itu menyebabkan beliau mengalami keletihan, kehilangan ingatan dan peningkatan berat badan.

Untuk mengatasi perasaan takut, Hiba mempersiapkan dirinya dengan pengetahuan mengenai kanser. Persiapan itu membantunya menentukan langkah seterusnya, membuat keputusan termasuk membolehkannya mengawal badan dan situasi.

Kata wanita tersebut, beliau lebih mementingkan pendekatan itu lebih daripada penampilan luarannya.

“Saya mahu menentukan sendiri makna hidup saya. Saya tak mahu kanser mengambilnya daripada saya. Saya tak mahu harga diri saya terikat dengan diagnosis dan penampilan saya.

“Saya amat menghargai jasa daripada sistem sokongan terbesar saya seperti ahli keluarga, ibu, rakan-rakan dan juga pasangan saya. Mereka membuat saya tidak rasa keseorangan sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Hiba juga menemui sekumpulan bekas pesakit kanser muda melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia yang mempunyai pengalaman dan minat yang sama mengenai kesihatan mental pesakit, persekitaran kerja, sokongan belia dan banyak lagi.

Apabila ditanya mengenai sebab di sebalik komitmennya untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser payudara, Hiba berkata:

Saya mempunyai suara yang boleh digunakan dan saya rasa selesa bercakap tentang perjalanan saya. Saya juga selesa menceritakan pengalaman saya kepada orang ramai dan berkongsi sebab di sebalik beberapa keputusan yang saya ambil,” ungkapnya.

Selepas tujuh tahun melawan kanser, Hiba kini telah temui cahaya dalam hidup.

Dengan terapi, sokongan dan lebih menghargai dirinya sendiri, beliau kini berasa aman dan tenang.

Hiba menerima dirinya seadanya dan beliau tidak akan menjadi Hiba pada hari ini tanpa pernah melalui kanser.

BACA JUGA: Kadar kelangsungan penghidap kanser payudara rendah di Malaysia. Buat saringan awal kurangkan kes kematian

BACA JUGA: Kanser payudara, kolorektal, paru-paru paling kerap menyerang rakyat Malaysia

KISAH NAVI INDRAN PILLAI

Navi Indran Pilla didiagnosis kanser payudara pada usia 22 tahun.

Pada saat Navi berjaya mendapatkan kerjaya impiannya selepas menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, penemuan ketulan pada payudara kiri sesuatu yang sangat mengejutkan.

Ini kerana keluarganya tidak mempunyai sejarah kanser payudara. Kehidupannya melalui perubahan mendadak.

Pelbagai pilihan sukar perlu dibuat oleh Navi. Antaranya melibatkan kerjaya dan juga situasi hidup-mati yang dihadapi selepas disahkan kansernya berada pada tahap 3 dan pada masa sama, telah berkembang ke noda limfa.

Pada awalnya, beliau takut akan stigma yang disaksikannya dalam filem dan drama yang mana watak-watak yang sakit selalunya akan tewas kepada kanser.

Namun, itu sama sekali tidak menghalang Navi untuk memulakan rawatan.

Beliau melalui pembedahan lumpektomi dan juga rawatan kemoterapi. Antara perkara yang paling sukar baginya dalam tempoh rawatan itu, selain daripada kesan sampingan yang dihadapinya adalah melihat rambutnya yang lebat mula gugur.

Wanita tersebut berasakan kewanitaannya seakan dirampas, tetapi beliau masih tetap meneruskan perjuangan!

Kata Navi, dirinya cukup gembira jika dapat membantu memberikan pesakit lain harapan. Antaranya melalui penulisan, nasihat dan hantaran media sosial.

Buat apa saja yang awak rasa adalah betul. Kalau ia buat awak gembira, lakukannya. Saya rasa perjalanan ini telah membentuk diri saya pada hari ini menjadi seorang yang gembira dan yakin. Saya bersyukur kerana dapat hidup dan memimpin orang lain untuk nikmati hidup sepenuhnya,” katanya.

Navi bercita-cita untuk membuka pusat kesihatan dan sebuah yayasan untuk orang ramai menderma untuk membantu pesakit kanser yang lain.

Bagi Navi, adalah penting untuk kita tentukan norma diri sendiri.

Penting juga untuk kita memiliki seseorang yang boleh menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan. Berkongsi perasaan takut itu boleh menyelamatkan hidup kita.

Iklan

Pastikan anda membuat saringan secara berkala, dapatkan pemeriksaan dan sentiasa berfikiran positif kerana setiap halangan pasti ada cara untuk mengatasinya!

Bagi Navi, hidupnya sekarang penuh rasa syukur, gembira, aman dan damai.

KEMPEN #NormalForMe

SEMPENA Bulan Kesedaran Payudara pada bulan ini, Avon menganjurkan kempen #NormalForMe secara global.

Kempen itu antara lain bertujuan untuk menggalakkan perbualan dan pemahaman tentang kanser payudara.

Ketua Pegawai Eksekutif Avon, Angela Cretu, pihaknya memfokuskan kesedaran tentang pengesanan awal kanser payudara kerana ia mampu menyelamatkan nyawa.

“Kami mahu menormalisasikan perbualan tentang kesihatan payudara dan membantu orang ramai supaya tahu tentang tanda-tanda awal kanser payudara dan langkah penjagaan yang boleh diambil.

Kami menyeru wanita dan lelaki di luar sana untuk berkongsi tiga perkataan yang menggambarkan payudara mereka di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk membantu meningkatkan kesedaran dan mengingatkan orang ramai akan pentingnya pemeriksaan kendiri. Antaranya seperti periksa, kongsi dan senyum,” katanya.

Ujar Cretu, wakil Avon dari seluruh dunia akan berkongsi tiga perkataan mereka melalui video sosial sambil bercerita tentang payudara mereka dalam keadaan biasa.

Sebagai sebahagian daripada kempen #NormalForMe, Avon Malaysia akan bekerjasama dengan tiga pejuang kanser payudara iaitu Saliza Khalid, Hiba Abdul Rahman dan Navi Indran Pillai yang akan berkongsi kisah inspirasi mereka untuk membantu ramai wanita supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara.

Serentak dengan itu juga, Avon Malaysia akan mengadakan kempen pengumpulan
dana yang menampilkan pilihan produk terlaris Avon termasuk wangian, pakaian intim dan produk penjagaan kulit dari 1 hingga 31 Oktober ini.

Iklan

Usaha murni Kanser Payudara Avon Malaysia bermula pada tahun 1994 melalui pelancaran Kempen Kesan Barah Awal yang kemudiannya dilancarkan semula sebagai Kiss Goodbye to Breast Cancer pada tahun 2002.

Dalam tempoh 28 tahun, kempen itu telah menyumbang lebih RM2 juta kepada hospital, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkaitan.

Ini termasuk pendermaan berbentuk wang, penajaan mesin mamogram dan biopsi kepada pusat kanser payudara dan saringan mamogram secara percuma turut dilaksanakan sebagai program jangkauan.

Cara-cara untuk orang ramai menyertai kempen ini:

-Avon menyeru semua orang yang mempunyai akaun Facebook, Instagram atau Twitter
untuk menyertai bulan Kesedaran Kanser Payudara ini.

-Kongsi tiga perkataan yang paling tepat menggambarkan payudara anda dan gunakan
hashtag #NormalForMe

-Bantu kami meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal kerana pengesanan awal
mampu menyelamatkan nyawa!

Lawati shop.avon.my dan beli produk sambil bantu mengumpul dana untuk rakan kongsi amal kanser payudara, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia untuk membiayai pemeriksaan payudara, program jangkauan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai di Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi