Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

A
A
A

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems yang cukup unik.

Bukan saja lokasi ekopelancongan dengan air terjun indah dan tapak arkeologi dari zaman Paleolitik lagi, bahkan keunikan makanan autentik orang kampung memang lain daripada lain.

Nah! Kalau kalian bercuti di sana, jangan lupa singgah ke Dangau Mak Ani yang terletak di Kampung Bagan, Chepor.

Perkongsian Siti Fatimah di Facebook menarik perhatian ramai kerana dangau atau pondok comel yang berada di dalam kebun itu menjadi salah satu tarikan pelancong di sana.

Lenggong dangau mak ani

Paling membanggakan, pelancong asing yang pernah menjejakkan kaki ke sana rata-ratanya dari Jepun, Jerman, Eropah, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Bayangkan pondok kecil berukuran 4 x 5 meter persegi menjadi tarikan ramai, termasuklah pelancong asing yang datang semata-mata mahu masakan tradisi yang rare.

Lenggong dangau mak ani SUMBER foto Instagram Rumah Tiang 16.

Kalian tak boleh walk in jer untuk ke sana, kerana mana-mana pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dahulu demi menikmati pengalaman privasi.

 

Bukan itu saja, mereka juga berpeluang untuk memarut kelapa dengan kukur klasik untuk membuat sambal nyiur yang digandingkan dengan batang lambuk, temu lawak, umbut pisang, tepus dan banyak lagi.

Lenggong dangau mak ani SUMBER foto Instagram Rumah Tiang 16.

Antara lauk pauk kampung laku keras seperti kerabu beka, gulai lemak buah rambutan telur itik, pucuk paku rebus, sambal picit ikan rebus buah belimbing dan telur dadar itik.

Baca juga Percutian konsep kembali pada alam semula jadi, Lenggong wajib pergi

Lagi menu yang anda wajib cuba, sudah tentunya ikan pekasam yang menjadi signatur di Perak.

Lenggong dangau mak ani SUMBER foto Instagram Rumah Tiang 16.

Percaya tak, kalian boleh makan sepuas hati kesemua air tangan Mak Ani atau nama sebenarnya, Noraini Othman dengan bayaran setiap seorang hanya RM10 jer.

Nak dijadikan cerita, dangau tersebut dibina oleh suaminya iaitu Muhd Taib Jusoh bersama jiran dan anak-anak dengan jarak 10 meter dari rumah mereka.

Lenggong dangau mak ani

Menariknya, sekeliling kawasan dangau tersebut dipenuhi tanaman herba seperti pokok pisang, misai kucing, belalai gajah, bunga telang, pandan, temu lawak dan lain-lain.

Baca juga 5 pilihan calet buluh daun nipah yang unik lagi selesa, sesuai untuk pencinta alam dan mereka berjiwa lasak

Kalau bernasib baik, kalian yang bawa anak kecil bolehlah belajar cara-cara membuat cendol daripada sagu, menganyam tikar mengkuang dan atap rumbia.

Lenggong dangau mak ani

Apa lagi mengujakan? Anak-anak boleh bermain permainan tradisional seperti tarik upih pinang, congkak atau gasing jika berpeluang.

Wah! Memang menarik Dangau Mak Ani. Harga yang dikenakan pun memang berbaloi dengan set makanan yang mungkin tak dapat di tempat lain.

Jadi, kalian ada tempat best yang ingin dikongsi? Boleh share informasi di ruang komen kami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca