AVON baru-baru ini memperkenalkan memperkenalkan krim kegunaan harian ANEW: Reversalist and Ultimate dengan formula baharu yang lebih berkuasa dengan menggunakan teknologi protinol.

Individu yang berusia 30 hingga 50 tahun yang menggunakan inovasi baharu itu secara tidak langsung dapat merangsang pengeluaran kolagen dua kali lebih banyak berbanding menggunakan jenama antipenuaan lain.

Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd, Julianne Ang berkata, protinol adalah sejenis bahan eksklusif yang ditemui oleh saintis Avon.

Ia berkemampuan untuk mengubah kolagen dengan cara yang unik berbanding bahan antipenuaan yang lain. Tidak sekadar merangsang pengeluaran kolagen baharu, ANEW: Reversalist and Ultimate turut membantu mendorong kandungan dan struktur (kolagen) menjadi hampir seumpama kulit bayi,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Ujar Julianne lagi, rakan kongsi Avon di Universiti Machester turut melaporkan bahawa rawatan tropikal yang dilakukan di makmal kampus itu telah berjaya menunjukkan bahawa pemakainya memiliki kualiti kulit yang lebih baik menggunakan bahan daripada protinol.

Iklan

Pembaharuan ANEW dengan protinol bukan sahaja menyaksikan trend penjagaan kulit kini menjadi lebih mudah, malah pada masa sama dapat membantu pengguna mendapatkan kulit yang terbaik,” ujar beliau.

Iklan

Untuk keterangan lanjut, layari www.avonworldwide.com.