BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi perhatian ramai di laman sosial.

Menerusi perkongsian video berdurasi 2 minit 17 saat di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, pemuda itu menerima anugerah Beret Hijau selepas menamatkan latihan selama 12 minggu.

Dalam hantaran tersebut, Ming Youn ketika ditanya Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah kenapa menyertai pasukan komando, beliau mengakui semuanya kerana minat dan mahu berkhidmat untuk negara.

Baca juga: Tahniah Janushaa! Ini 7 info pegawai wanita TLDM pertama negara tamat pengajian di USNA

Baca juga: [20 FOTO] Daulat Tuanku! Sultan Ibrahim rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17

Lebih istimewa lagi, pemuda berusia 25 tahun itu merupakan penuntut tunggal berbangsa Cina yang menamatkan Latihan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) Siri AK/1/2024.

“Sudah lama kita tak ada yang berbangsa Cina dan lulus kursus asas komando ini. Mostly pegawailah.

“Congrats, well done. Bolehlah temu duga dia nanti,” kata Adi Ridzwan.

Lebih membanggakan, beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Tun Abdul Razak.

“Saya tiada pengetahuan tentang komando ini. Saya mula berkhidmat sebagai anggota 515 Askar Wataniah dan dari situ saya mula mendapat ilmu dan pengalaman dalam dunia ketenteraan sehinggalah saya diperkenalkan dengan komando,” katanya.

Tidak sekadar mencuba nasib, Ming Youn juga bertekad untuk terus berkhidmat dalam komando dan akan terus memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan.

“Disebabkan mahu mencabar diri, saya sertai latihan asas komando ini dan mahu tunjukkan walaupun saya hanyalah Askar Wataniah, tetapi saya juga mampu menjadi seorang komando,” katanya.

Baca juga: Inspirasi! Ummi Annur Syahmina wanita berhijab pertama Malaysia sertai Akademi Tentera Udara AS

Baca juga: Pegawai kadet TLDM lulus akademi laut berprestij AS, jadi kebanggaan rakyat Malaysia!

Anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu adalah antara sembilan pegawai dan 60 anggota lain-lain pangkat yang dianugerahkan beret hijau dan pisau komando semasa majlis tamat latihan di Pantai Bertutu Laut di Sungai Udang di Melaka.

Tahniah!

Baca juga: Kehilangan ibu di usia 3 bulan, ayah 7 tahun, sedihnya kisah pemuda rebah ketika kawad

Baca juga:

10 info menarik Gerup Gerak Khas (GGK)

Iklan

1-GGK merupakan satu pasukan elit yang berada di bawah naungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pasukan ini juga dikenali sebagai kumpulan komando elit menjalankan misi operasi khas.

2-Ia termasuk memerangi peperangan, menjalankan risikan, keganasan dan perhimpunan haram.

3-GGK ditubuhkan pada tahun 1965 sewaktu berlakunya konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia.

4-Pasukan tersebut pertama kali diiktiraf oleh seluruh dunia selepas berjaya memenangkan pemberontakan komunis di hutan semasa Perang Pemberontakan Komunis. Menteri Pertahanan ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, telah mengarahkan sejumlah sukarelawan pihak tentera darat untuk menyertai sebuah unit ujian.

5-Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando telah diperkenalkan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) berpangkalan di Kem Majidee, Johor Bahru.

6-Dalam pasukan ini, setiap komando elit diwajibkan untuk mempunyai pelbagai kemahiran seperti letupan, penembak tepat, penyelam tempur, pertempuran jarak dekat (CQB) serta payung terjun.

7-Kem Sungai Udang diperakui sebagai ‘Markas Komando’ kerana kejayaan dan pencapaiannya telah menarik banyak minat sukarelawan dari kor lain. Leftenan Kolonel Borhan bin Ahmad adalah pentadbir pertama MSSG yang bertanggungjawab mengembangkan Pasukan Gerakan Khas.

Iklan

8-GGK dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit elit Malaysia yang termasuk sistem persenjataan biasa dengan beberapa model baru.

9-Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu, pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai kelayakan yang terbahagi kepada lima fasa iaitu kem, hutan, paya, laut dan latihan penamat.

10-Antara operasi yang diketahui dijayakan oleh GGK ialah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley, pertempuran di Mogadishu, Somalia, unit pengaman di Bosnia, operasi pengaman di Timor Leste pada 2006 dan insiden enam kru helikopter di Genting Sempah.

Sumber: Berita TDM, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!