SOALANNYA ringkas, kenapa kita mesti berhenti merokok?

Buat golongan wanita khususnya jangan sesekali memandang ringan perkara tersebut. Jika tabiat itu tidak diatasi dengan segera bimbang ia akan mendatangkan kesan buruk pada kesihatan dan kondisi kulit wajah.

Sebatang rokok yang biasanya mengandungi antara lapan hingga -20 mg Nikotin bukan sahaja mampu mempercepatkan proses penuaan, malah menyebabkan kelopak mata dan pipi jatuh, bibir berkedut dan garis senyuman lebih mendalam.

Pada masa sama, kulit wajah kelihatan kusam, wujudnya lingkaran hitam pada bawah mata dan masalah keguguran rambut.

Bahkan, doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang menerusi perkongsian tip di aplikasi Telegram memberitahu, wanita yang merokok bakal berdepan risiko kanser serviks.

MEROKOK

 

“Tambahan pula, merokok boleh mengurangkan kesuburan termasuk menyebabkan kemudaratan kepada janin,” kongsi beliau baru-baru ini.

Di samping itu, Dr Ahmad Samhan turut menyenaraikan kesan merokok yang mana individu perlu segera ‘menjauhkan diri’ daripada tabiat terbabit.

a- Nafas berbau

MEROKOK
Merokok menyebabkan masalah tidak menyenangkan seperti nafas berbau, gigi berkarat, penyakit gusi dan kerosakan deria rasa.

Iklan

b- Tekanan kepada jantung
Karbon monoksida daripada asap dan nikotin memberi tekanan kepada jantung. Bahan-bahan tersebut juga meningkatkan risiko darah membeku.

c- Kesukaran bernafas
Merokok menyebabkan 84 peratus daripada kematian akibat kanser paru-paru.

Ia termasuklah, mengakibatkan pulmonari obstruktif kronik (COPD), kesukaran bernafas dan penyempitan saluran udara serta kemusnahan tisu paru-paru.

Iklan

d) Mati pucuk

MEROKOK
Lebih membimbangkan, merokok boleh menyebabkan mati pucuk kerana pembuluh darah yang membekalkan darah ke zakar boleh rosak termasuk merosakkan dan mengurangkan kiraan sperma serta menyebabkan kanser testis.