SAJIAN mi Hokkien versi halal memang susah nak dapat. Kalau ada kawan syor sekalipun, mesti kita rasa waswas nak makan.

Yalah, ramai yang mengaitkan ramuan khususnya isi daging diperbuat daripada bahan-bahan tak disahkan halal.

Pun begitu, kalau kalian teringin nak mencuba menu sedemikian, apa kata pertimbangkan satu tempat best yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Chopticks Asia yang diusahakan Kenneth Choong antara destinasi pilihan ramai di ibu kota kerana menawarkan kulinari autentik Cina asli dan dijamin halal.

mi hokkien halal

Menurut Kenneth, beliau mengakui kebanyakan restoran yang menawarkan menu mi Hokkien lazimnya menggunakan daging yang tidak halal.

“Justeru, kami mengambil inisiatif mengolah dan menggantikan hidangan tersebut dengan formulasi baharu yang menggunakan sumber yang dijamin bersih dari segi pengendalian.

mi hokkien halal

“Jangan bimbang, rasanya masih sama, bahkan lagi sedap. Kami mengekalkan rasa asli dan kaedah pembikinan dengan gaya tersendiri,” katanya kepada SinarPlus.

Selain mi Hokkien istimewa, Chopticks Asia turut menyediakan senarai masakan laku keras seperti Nyonya Fish Fillet, Kung Pao Chicken dan banyak lagi.

 

Pengarah Kenc Holdings Sdn Bhd itu berkata, pihaknya kini dalam fasa akhir untuk mendapatkan sijil halal yang sudah dimohon sejak tahun 2020 lagi.

“Sejak mengambil alih pengurusan restoran sejak empat tahun lalu, saya berusaha untuk memohon sijil halal dan memenuhi kriteria yang ditetapkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

mi hokkien halal

“Antaranya syarat tersebut seperti mendapatkan bekalan sumber mentah daripada pihak yang diiktiraf halal oleh Jakim dan pengurus restoran beragama Islam dan lain-lain,” katanya.

Selera besar

Ditanya kenapa memilih untuk menghidangkan masakan Cina versi halal, Kenneth berkata, beliau percaya dengan selera besar rakyat negara ini yang gemar mencuba pelbagai menu menjadi pemangkin semangatnya.

mi hokkien halal

“Kami juga ingin berkongsi keenakan makanan masyarakat Cina yang sedap serta unik kepada komuniti Muslim.

Baca juga Jom serbu menu autentik India versi halal sempena cuti Thaipusam, lokasi nombor 4 confirm kenyang sampai malam

“Lagipun sekarang ini ramai yang masuk Islam (mualaf), jadi mereka rindu dengan masakan Cina…itu antara sebab yang kami sediakan yang versi halal,” ujarnya.

Iklan

mi hokkien halal

Ahli perniagaan itu juga masih mengekalkan jenama Chopsticks Asia supaya premis yang mempunyai tiga cawangan itu lebih dekat dengan budaya masyarakat Cina.

“Kami mahu sebuah nama yang menggambarkan budaya Cina. Bila letak nama Chopsticks, orang dah tahu restoran ini sediakan makanan Cina. Setakat ini, tak ada lagi timbul kontroversi disebabkan nama kedai.

mi hokkien halal

“Cuma tidak dinafikan, ada pelanggan yang waswas nak datang makan. Atas sebab itu kami usahakan sijil halal dan semua prosedur, barang mentah memang berlandaskan bahan halal,” tuturnya.

Bukan setakat jualan harian, Chopsticks Asia turut menyediakan perkhidmatan katering untuk mereka yang mahu mengadakan majlis keramaian.

Iklan

Baca juga Tanda ‘no pork’, ‘no lard’ bukan 100 peratus halal, ada tipu daya dahsyat – Chef

Berita baik kepada semua yang merancang untuk berbuka puasa dengan masakan Cina, jangan lepaskan peluang untuk grab promosi bufet Ramadan yang ditawarkan label tempatan berkenaan.

mi hokkien halal

Chopticks Asia
Alamat: Cawangan TTDI, Bangsar dan Cyberjaya
Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 9.30 makan
Menu signatur: Mi Hokkien, Nyonya Fish Fillet dan Kung Pao Chicken
Promosi bufet Ramadan: RM89.90 (dewasa), RM69.90 (warga emas) dan RM49.90 (kanak-kanak bawah 12 tahun)
Facebook: Chopsticks by Muhammad Oon
Instagram: @chopsticks.asia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!