Gaya 'Barbie' selebriti lokal dan antarabangsa dalam busana merah jambu curi tumpuan
BARU ditayangkan pada 21 Julai lalu, demam filem Barbie sudah mula dirasai terutama buat penggemar anak patung paling ikonik tersebut.
Filem yang dibintangi Margot Robbie dan Ryan Gosling itu mula meraih perhatian usai promosi yang berlangsung baik di media arus perdana mahupun media sosial.
Ibarat irama dan lagu, warna merah jambu dan Barbie tidak dapat dipisahkan.
Pesona rona berkenaan sudah menjadi signatur bagi anak patung berkenaan. Namun, bukan itu yang ingin SinarPlus mahu ulas.
Memetik inspirasi gaya anak patung itu, ayuh kita soroti beberapa penggayaan fesyen oleh selebriti antarabangsa dan lokal bersempena tayangan perdana filem berkenaan baru-baru ini.
1. Margot Robbie
Pasti tidak akan lengkap majlis tersebut jika watak utama filem berkenaan, Margot Robbie tidak hadir.
Pun begitu, aktres kelahiran Australia itu memilih rona berbeza kali ini. Gaun duyung hitam gemerlapan oleh Schiaparelli Haute Couture itu diilhamkan dari Barbie edisi ‘Solo in the Spotlight’ tahun 1961.
Dipadankan pula dengan sarung tangan baldu, penggayaan barang kemas Lorraine Schwartz menyerlahkan penampilan Robbie atau nama sebenarnya Margot Elise Robbie.
Baca lagi Obsesi sejak kecil, sanggup ubah penampilan diri persis anak patung Barbie
2. Ryan Gosling
Di mana ada heroin pasti di situ ada heronya. Memegang watak Ken, Ryan Gosling atau nama sebenarnya Ryan Thomas Gosling menggayakan sut merah jambu jenama Gucci.
3. America Ferrera
Pelakon wanita kelahiran Amerika Syarikat itu memilih gaya yang simple, namun tampak feminin tatkala menggayakan busana Saint John daripada fabrik sutera. Pilihan barang kemas Neuwirth dan beg tangan Kate Spade melengkapkan penampilan.
4. Amelia Henderson
Sarunglah apa jua busana, tetap terletak cantik dan menarik pada si model yang juga pelakon kian meningkat namanya kini. Wajah secantik Barbie ini memilih gaun rona merah jambu yang dipadankan bersama beg tangan rona senada.
Kaca mata hitam dengan bingkai merah jambu membuatkan pemilik nama sebenar Amelia Thripura Henderson tampak girlie ditambah dengan anting-anting bercorak bunga.
Baca lagi [VIDEO]Atlet gimnastik Farah Ann individu pertama miliki model Barbie edisi khas
5. Bella Astilah & Aliff Aziz
Mungkinkah ini Barbie dan Ken versi Malaysia? Bella cukup manis menggayakan gaun merah jambu lengkap dengan sarung tangan baldu. Beg tangan rona senada pelengkap gaya. Cuma penampilan Aliff agak biasa-biasa sahaja kan?
6. Atitaharis
Bestnya geng Barbie. Pempengaruh yang juga isteri kesayangan Nas-T cukup anggun dan bergaya bersama anak-anak perempuannya. Seluar rona merah jambu dipadankan dengan top putih dan jaket berbulu rona senada.
Sepadan dengan beg tangan di bahunya. Anak-anak pun tidak mahu kalah. Manis dengan pilihan busana masing-masing.
Bukan selebriti sahaja, SinarPlus lihat banyak peminat Barbie yang melaram sakan dengan baju dan aksesori rona pink.
Di TikTok banyak betul video, kalau gabungkan, dah macam fashion show pula. Apa pun seronok SinarPlus tengok.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang