Gejala pendarahan otak yang wajib kita ambil tahu. Selain sakit kepala, banyak lagi faktor lain menyumbang…
BERITA pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub malam tadi mengundang duka buat negara.
Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia pada pukul 9.23 malam ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Berita kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di laman Facebook.
Seperti dilaporkan oleh rata-rata media, Salahuddin, 61, sebelum itu dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira pukul 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.
Baca juga:Maafkan musuh, orang sakitkan hati sebelum tidur, rakan dedah amalan Allahyarham Salahuddin Ayub
Beliau kemudiannya disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar.
Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu lalu dan berada dalam keadaan stabil. Namun, ALLAH lebih menyayanginya.
Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan pendarahan otak dan bagaimanakah keadaan tersebut berlaku?
WebMD berkata, ia (pendarahan otak) adalah sejenis strok.
Ia terjadi apabila salur darah arteri pada otak pecah dan menyebabkan pendarahan setempat pada tisu di sekeliling.
Keadaan yang dipanggil sebagai pendarahan serebrum, pendarahan intrakranial atau pendarahan intracerebral tersebut menyumbang 13 peratus daripada strok.
“Iritasi yang berlaku pada tisu otak akibat trauma akan menyebabkan bengkak atau dikenali sebagai edema serebrum.
“Keadaan darah yang terkumpul atau dipanggil hematoma akan meningkatkan tekanan ke atas tisu sekitarnya dan boleh membunuh sel-sel otak,” kata WebMD.
KENA PANTAS BERTINDAK
Sementara itu, laman Medical News Today memberitahu, situasi pendarahan otak akan menghalang oksigen daripada sampai ke otak dan boleh mengundang maut.
Terdapat beberapa faktor atau punca yang boleh menyebabkan berlaku keadaan tersebut. Antaranya:
1. Trauma atau kecederaan kepala.
2. Benjolan yang lemah dalam arteri otak (celebral aneurysm).
3. Tekanan darah yang sangat tinggi.
4. Keadaan saluran darah yang luar biasa.
5. Penyakit darah atau gangguan pendarahan.
6. Penyakit hati.
7. Tumor otak.
8. Pengambilan dadah terlarang.
Dalam pada itu, SinarPlus turut merujuk laman Hello Doktor untuk mengetahui simptom-simptom pendarahan otak.
Menurut laman perubatan tersebut, antara gejala umum yang akan dialami pesakit termasuk:
1. Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.
2. Lemah pada lengan atau kaki.
3. Loya atau muntah.
4. Kecerdasan berkurang.
5. Kesukaran bercakap atau memahami pertuturan.
6. Kesukaran menelan.
7. Kesukaran menulis atau membaca.
8. Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata.
9. Hilang keseimbangan dan koordinasi atau pening.
10. Sikap tidak peduli, mengantuk dan lesu.
11. Hilang kesedaran.
12. Kekeliruan atau kecelaruan.
13. Deria rasa yang tidak normal.
Rujukan di laman Healthline menyatakan, rawatan pendarahan otak bermula dengan memberikan sokongan kepada fungsi badan.
“Pembedahan mungkin diperlukan untuk beberapa keadaan supaya menghentikan pendarahan, mengurangkan tekanan pada tengkorak dan membaiki bahagian otak yang terlibat.
“Bergantung kepada lokasi dan tahap pendarahan tersebut, pembedahan akan dijalankan menggunakan teknik invasif yang minimum atau sejenis pembedahan terbuka dipanggi craniotomy ,” kata Healthline.
Ubat-ubatan tertentu juga boleh digunakan untuk merawat gejala pendarahan otak iaitu menurunkan tekanan darah, menghentikan sawan dan penahan kesakitan atau loya.
Selain itu, pengubatan turut akan diberikan bagi mengembalikan fungsi darah, menguruskan gula darah dan mengurangkan bengkak.
Tambah Healthline, terapi fizikal, cara kerja, pertuturan dan psikoterapi pula diperlukan dalam proses pemulihan selepas rawatan pendarahan otak.
Berdasarkan informasi yang dirujuk daripada pelbagai sumber, kesimpulan mudahnya, pendarahan otak adalah keadaan kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan segera.
Justeru, sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga anda mengalami simptom penyakit berbahaya itu, segera dapatkan bantuan kecemasan bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini berlaku.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang