Kanak-kanak hidap regresi kaudal sindrome tanpa betis terima hadiah istimewa. 'Moga rezeki kak Nelysa makin melimpah...'

No Image Caption
A
A
A

KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah si kecil, Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah, apabila menerima hadiah berbentuk permainan jengkaut daripada seorang pempengaruh, Nelysa Norazlan.

Momen menyentuh hati itu dikongsikan oleh ibunya, Siti Azah Mohd Jinal, yang meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Nelysa.

“Terima kasih Kak Nelysa kerana sudi menggembirakan Hadif. Kami sangat menghargainya,” katanya sebak.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut tersentuh melihat wajah ceria Hadif.

Menerusi video yang meraih lebih 60,000 tanda suka itu, Hadif akhirnya dapat bergerak dengan lebih lancar ketika bermain permainan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, ibunya pernah berkongsi bahawa Hadif masih menunggu giliran bantuan dari hospital untuk mendapatkan 'walk stand' bagi membantunya berdiri dan bergerak dengan lebih stabil.

Rata-rata memuji kemurahan hati Nelysa dan mendoakan agar rezekinya terus melimpah.

“Sungguh baik hati Kak Nelysa! Moga terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik,” komen seorang pengguna.

Untuk makluman, Nelysa sendiri memiliki seorang adik istimewa, Akif Naquiddin, yang menghidap Cri du Chat sindrom, menjadikan dirinya lebih memahami cabaran yang dilalui keluarga seperti Hadif.

Terdahulu, kisah Hadif meraih perhatian ramai apabila videonya melangkah masuk ke sekolah tanpa bantuan sokongan, hanya bertongkatkan kedua-dua tangan telah menyentuh hati masyarakat.

Hadif diuji dengan penyakit yang jarang dijumpai, Regresi Kaudal Sindrom iaitu tiada betis dan lutut berserta sumbing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang