Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir sebelum dicampak ke dalam sungai. ‘Kod rahsia COD bukan urusan jual beli tapi…’

No Image Caption
A
A
A

DUNIA seakan gelap sekelip mata buat keluarga seorang gadis berusia 19 tahun apabila anak kesayangan mereka dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan alasan mahu melakukan urusan jual beli secara tunai (COD) pada Isnin.

Namun, siapa sangka itu adalah kali terakhir ahli keluarga berjumpa dengannya sebelum gadis itu ditemui dalam keadaan cukup memilukan.

Mangsa, Putri Regita Amanda, ditemui mati di kawasan sungai dekat Desa Pacarpeluk, Megaluh, Jombang pada Selasa, sekitar jam 6 pagi waktu tempatan.

Siasatan polis mendapati, Putri menjadi mangsa pemerkosaan dan pembunuhan kejam oleh teman lelakinya sendiri bersama dua lagi rakan subahat.

Suspek utama, Adiansyah Putra, 18, dipercayai merancang jenayah itu bersama rakannya Achmad Toriq, 18, dan Lutfi, 32.

Artikel Berkaitan:

Menurut keterangan polis, Putri berjumpa dengan teman lelakinya di depan sekolah sebelum diajak berjalan-jalan oleh kekasihnya.

Setelah berjalan-jalan di sekitar Perak, Adiansyah mengajak Putri ke rumah temannya yang juga rakan subahatnya, Achmad yang turut ada Lutfi.

Malam itu, Putri dipaksa untuk minum minuman keras yang sengaja dibeli oleh suspek agar jenayah yang dirancang mudah dilakukan jika mangsa dalam keadaan mabuk.

Kemudian mangsa dibawa ke kawasan sawah di Desa Godong dan di tempat ini lah Putri dirogol secara bergilir-gilir.

Mangsa yang cuba melawan telah dipukul dan ditumbuk dengan kejam, menyebabkan kecederaan serius termasuk pendarahan dalaman serta hentakan objek tumpul di dahi.

Selepas melempiaskan nafsu, mereka membawa mangsa ke Desa Tugu dan mencampakkan Putri ke sungai dalam keadaan masih bernyawa dengan niat menghapuskan bukti.

Bukan sekadar meragut nyawa, Adiansyah turut mencuri motosikal Honda Vario serta telefon bimbit milik mangsa.

Kejadian ini terbongkar apabila Putri tidak pulang ke rumah pada malam Isnin.

Menurut bapanya, Misman, 59, beliau berulang kali cuba menghubungi telefon anaknya namun telefon sudah dimatikan.

Bagaimanapun, telefon bimbit Putri tiba-tiba diaktifkan semula sekitar jam 1 pagi, sebelum kembali tidak aktif setelahnya.

Tidak lama kemudian, keluarga mangsa menerima berita dari media sosial mengenai penemuan mayat seorang gadis berpakaian baju sejuk kuning dan seluar hitam.

Mereka segera menuju ke Hospital Daerah Jombang, dan sebaik melihat jasad tersebut, mereka mengesahkan itu adalah puteri mereka.

Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya diberkas polis pada Rabu dan kini dalam tahanan.

Laporan media tempatan turut mendedahkan bahawa COD bukan bermaksud urusan jual beli secara tunai seperti yang disangka.

Sebaliknya, COD adalah kod rahsia yang bermaksud pertemuan bersama kekasih yang digunakan remaja di negara itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang