Harga rahmah, kualiti premium. Jenama Kekaboo mahu semua wanita nampak cantik tanpa berbelanja lebih

A
A
A

BAGI wanita bertudung, jenama Kekaboo sentiasa berada dalam radar mereka.

Mengetengahkan konsep tudung bawal, ramai kaum Hawa sanggup berbelanja untuk mendapat koleksi terbaharu label berkenaan.

Rasanya, sempena Aidilfitri kali ini, kakitangan Kekaboo tidak menang tangan melayani permintaan yang dijangka melebihi jangkauan.

Mana tidaknya, pada harga rahmah, ditambah dengan corak yang memikat hati, akan membuat ramai wanita dan para gadis cepat tertawan.

Baca lagi 'Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat'. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kekaboo, Tajuddin Mohamad Nor ketika ditemui memberitahu, tujuan pengenalan tudung pada nilai mampu milik itu adalah demi menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

 

"Justeru, kami tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memperkenalkan tudung Bawal Rahmah yang dilihat dapat membantu wanita golongan B40 mendapatkan koleksi tudung pada harga murah, namun tetap berkualiti tinggi. Bolehlah mereka bergaya sakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Fesyen Lebaran 2023 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Secara peribadi, penulis berbangga dengan usaha Kekaboo yang ikhlas memberi peluang kepada golongan biasa dan pertengahan mengenakan tudung yang cantik dan bermutu tinggi.

Baca ni ‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

Dua koleksi Tudung Rahmah

Secara keseluruhan, terdapat dua koleksi tudung yang diperkenalkan.

Pertama ialah Tudung Bawal Rahmah Laddora yang menggunakan fabrik kapas. Ia mempunyai 50 rekaan pelbagai corak dan warna.

Kedua ialah Tudung Bawal Rahmah Lea Miranda jenis fabrik sifon dengan 23 rekaan eksklusif.

"Pada harga RM15, saya rasa ia cukup berbaloi untuk dimiliki. Seperti yang saya katakan tadi, materialnya masih sama iaitu kekal premium.

"Jahitannya juga tetap kemas dan coraknya juga menarik. Selain flora, ada jenis abstrak. Warnanya lebih menyerlah (bold) dengan saiz bidang 45. Insya-ALLAH ramai yang akan suka nanti," ujar beliau yang percaya jenamanya akan memperoleh peminat baharu, di samping mengekalkan pengikut sedia ada.

Berdasarkan rekod, purata harga sehelai tudung Kekaboo sebelum ini di antara RM25 hingga RM29.

Kepada SinarPlus, Tajuddin berkata, momentum labelnya yang semakin rancak kini turut mendorong beliau untuk mengembangkan bisnes di luar negara, sekali gus memperkenalkan modest fashion di serata dunia.

Corak baharu setiap minggu

Bercerita sedikit tentang historiografi Kekaboo yang masih ramai tidak tahu, Tajuddin berkata, Kekaboo sebenarnya diinspirasikan daripada nama pokok kekabu yang menjadi elemen utama dalam pembuatan bantal secara tradisional.

Dominasi rona putih dan lembut kekabu adalah terjemahan kepada penggunaan fabrik yang lembut serta ringan pada setiap helaian tudungnya, kongsi ahli perniagaan itu.

"Sejak awal pembuatan tudung, kami menggunakan fabrik yang tidak licin dan warnanya tidak luntur walau dibasuh beberapa kali.

"Secara asasnya, tudung bawal Kekaboo ini diperbuat daripada material customised cotton paris voile yang ringan, tidak panas dan sangat selesa dipakai. Malah, ia mudah dibentuk dengan apa jua stail pemakaian tudung pemakainya," katanya yang teruja apabila Kekaboo pantas diterima ramai meski lambakan jenama yang muncul saban tahun.

KEKAL RELEVAN

Beritahu usahawan itu lagi, ketika mula berbisnes, mereka hanya berani mengeluarkan 1,000 helai tudung untuk satu-satu rekaan.

Namun, selari dengan permintaan yang semakin mendadak, angka itu bertambah kepada 3,000 helai.

Malah, Kekaboo merupakan satu-satunya pengeluar tudung yang memiliki kilangnya sendiri di negara ini dengan dilengkapi 14 pencetak tudung bawal.

Pun demikian, Tajuddin yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, beliau perlu sentiasa up to date dan kekal relevan dengan trend semasa termasuk peka dengan perubahan terkini corak dan warna yang diminati oleh pemakai bawal.

"Apa yang kita lakukan adalah sentiasa mengeluarkan corak baharu setiap minggu,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi itu yang hanya menggunakan kaedah promosi secara mulut ke mulut dengan modal permulaan sebanyak RM900 sebelum berjaya sehingga ke peringkat ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca