Hirup secangkir kopi dengan panorama alam semula jadi yang indah. Ini 5 port viral 'nature' wajib pergi

A
A
A

BAGI sesetengah orang, satu hari kalau tak hirup secangkir kopi memang tak sah.

Kalau berpiknik atau camping, air kopi menjadi satu kemestian.

Orang kata, kalau meneguk kopi sambil mata dijamu dengan panorama alam lebih menenangkan.

Segala masalah yang berserabut dalam benak dapat dileraikan segera. Namun, terpulang kepada cara masing-masing.

Apa pun pada kali ini, SinarPlus ingin membawa pembaca mengembara ke beberapa lokasi yang bukan sahaja menyediakan hirupan kopi yang enak dan variasi pencuci mulut.

Malah suasana yang dikelilingi alam semula jadi membuatkan pengunjung seolah-olah tak mahu pulang ke rumah.

Antara lokasi yang dicadangkan adalah:

port kopi nature

1. Hill & Heal

  • Rumah kaca yang terletak di kaki Gunung Lambak, Kluang ini mempunyai vibe tersendiri.
  • Ruang santai berhadapan jeram memang buat ramai tertawan.
  • Terdapat 20 pilihan minuman dan 10 sajian signatur.

 

Baca juga Lepak minum kopi dalam rumah. Satu lagi trend baharu yang bikin D’Culture Cafe makin popular

Alamat: Kaki Gunung Lambak, Kluang, Johor

Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 4 petang

Facebook: Hill & Heal

Instagram: @hill.n.heal

port kopi nature

2. Ngopi Pantai

  • Terletak di Langkawi, Kedah, premis berkenaan juga melupakan hotspot terbaharu untuk melihat view matahari terbenam sambil mengopi.
  • Ramai yang cadangkan orang ramai memilih salted caramel macchiato yang ditambah dengan whipped cream padu dan brownies cheese cake.

port kopi nature

Alamat: Cenang Hill Beachfront, Tasik Anak, Teluk Bharu, Jalan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah

Waktu operasi: 8 pagi hingga 8 malam

Facebook: Ngopi Pantai

Instagram: @ngopipantai.langkawi

Baca juga Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu

port kopi nature

3. Kopi Hutan

  • Antara lokasi famous jika berkunjung ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.
  • Kepada pencinta belantara hutan, ini adalah lokasi terbaik.
  • Lokasi pun cantik untuk OOTD dan paling penting, banyak pilihan makanan.

Alamat: Bukit Bendera, George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang

Facebook: Kopi Hutan

Instagram: @kopihutan.pg

port kopi nature

4. Hattori Coffee

  • Jika berkunjung ke Bachok, Kelantan jangan lupa singgah ke Pantai Kemayang.
  • Di sana ada kafe kabin hipster, Hattori Coffee yang boleh dicuba sebagai destinasi rekreasi bersama keluarga.
  • Siap boleh berpiknik di hadapan laut dan soal makan, kalian hanya perlu order saja. Semuanya siap terhidang!

port kopi nature

Alamat: Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan

Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam

Facebook: Hattoricoffee

Instagram: @hattori_coffee

Baca juga Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan

port kopi nature

5. Aurora Coffee House

  • Memang popular di Dungun, Terengganu kerana menawarkan suasana kafe yang tenang dan mesra pelanggan.
  • Dekorasi rumah tradisi Ganu dan ruang yang luas membuatkan anda asyik merakamkan gambar kenangan.
  • Antara makanan laku keras ialah mi kari. SinarPlus jamin, semua jenis kopi anda akan 'layan' kerana dikatakan menggunakan kopi berkualiti tinggi.

port kopi nature

Alamat: 53, Jalan Pantai Sura, Kampung Sura Jeti, Kuala Dungun, Terengganu

Waktu operasi: 12.30 tengah hari hingga 7 malam

Facebook: Aurora Coffee House

Instagram: auroracoffee.my

So? Bagaimana kalian? Ada teringin nak singgah ke tempat yang disenaraikan di atas?

Jika anda ada pilihan lokasi yang lebih bagus, apa kata share di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca