Ibu-ibu dan cef profesional sudah boleh dapatkan krim keju terlaris Australia, Pauls. Halal, lembut dan berkualiti tinggi

A
A
A

PAULS, syarikat tesusu terlaris di Australia melancarkan krim keju (2 kilogram) baharu untuk pasaran di negara ini.

Jenama itu telah melantik Bake With Yen sebagai peruncit rasminya.

Untuk pengetahuan semua, selain krim keju, Pauls turut menawarkan koleksi lengkap bagi produk tenusu termasuk susu putih dan susu berperisa, keju, mentega, krim, yogurt dan kastard.

Pengurus Besar Lactalis Malaysia, Henry Ong, krim keju tersebut diperbuat daripada 100 peratus susu dari Australia.

"Krim keju Pauls amat halus berkrim, berperisa lembut dengan rasa tajam yang tidak terlalu kuat dan membuatkannya tidak terlalu manis atau masam. Ia sesuai untuk persiapan membakar terutamanya untuk pencuci mulut, pastri dan pelbagai lagi masakan. Dengan Pauls, anda pasti dapat menghasilkan makanan yang enak.

"Kami merancang untuk mengembangkan produk kami apabila melihat kepada trend peningkatan terhadap permintaan produk tenusu seperti keju, dadih, mentega dan produk lepa kami yang lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Bake With Yen, Alexandre Rosso, pihaknya merealisasikan kehendak orang ramai dengan menawarkan produk yang dikehendaki semua.

BACA JUGA: Sedapnya, Kek Coklat Kukus Lapis Cheese. Sesekali buat sendiri pasti puas hati

"Krim Keju Pauls merupakan produk berkualiti dan diiktiraf halal. Kehadiran item ini juga menambah lagi variasi produk tenusu di Bake With Yen. Kami yakin produk ini akan digemari oleh pelanggan di seluruh negara,” kata Rosso.

Harga pasaran produk berkenaan bermula dari RM56.90 dan telah dijual secara rasminya pada pertengahan bulan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca