APABILA sebut sahaja ikan dori pasti korang tertanya-tanya sebenarnya ia ikan jenis yang bagaimana bukan?

Maklumlah, hari ini menjadi trend jualan produk berasaskan kerepek kulit ikan dori (dory skin) sehingga tak kelihatan rupa fizikal sebenar.

Difahamkan, ikan dori berasal dari Australia Selatan yang mana kebiasaannya dipasarkan dalam kepingan filet (isi daging sahaja manakala kulit dan tulang dibuang).

Isinya berwarna putih dan lembut. Ia sedap dipanggang, dibakar atau digoreng bersalut tepung.

Selain itu, ikan dori jua enak dimasak ala kuah masak masam manis.

Jom cuba resipi mudah ini untuk dinikmati bersama keluarga tercinta terutamanya korang yang memiliki anak kecil.

Bahan-bahan:

  • 800 g potongan ikan dori
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ biji timun
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 sudu besar cuka
  • 6 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar cili kisar
  • ½ sudu besar serbuk black pepper
  • Nanas (dipotong dadu) *optional
  • Garam dan gula secukup rasa
Resipi pais ikan mudah, lazat. Masak guna kuali pun boleh
Pais ikan lazat.

Cara-caranya:

1. Perap ikan bersama serbuk lada hitam dan garam selama setengah jam.

2. Gaulkan ikan yang telah diperap bersama telur. Celup isi ikan di dalam tepung dan goreng sehingga
garing. Angkat dan sejukkan.

Iklan

3. Untuk kuah panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kisar sehingga pecah
minyak.

Cuba juga Menu dendeng sedap dan mudah, penggemar daging wajib cuba!

4. Masukkan tomato dan kacau sehingga ia hancur. Masukkan sos cili, nenas dan timun.

5. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan cuka masak hingga lebih pekat.

6. Masukkan ikan goreng tadi bersama bawang besar, garam dan gula secukup rasa.

7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Fauziah Yahya