'Dinner masa wajib sekeluarga, set up sendiri meja ala hotel.' Che Ta dedah pengumpul koleksi pinggan mangkuk Portmeirion sejak 15 tahun
PENGEDAR rasmi set pinggan mangkuk mewah Portmeirion UK di Malaysia, SZBLOOMS baru-baru ini mengadakan Pesta Portmeirion: Jiwa Merdeka.
Penganjuran aktiviti Deko Tablescapes yang diadakan bersama pasukan SZBLOOMS dan Home-Influencers itu bermula 23 Ogos hingga 1 September 2024 bertempat di SZBLOOMS, Bandar Puteri Bangi.
Menurut Pengasas SZBLOOMS, Syanita Zur, pesta bersempena bulan kemerdekaan itu diadakan sebagai tanda usaha untuk mengeratkan hubungan SZBLOOMS dengan masyarakat.
"Sebagai pengedar rasmi Portmeirion UK, kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi ini kepada pencinta pinggan mangkuk di Malaysia.
"Pesta ini bukan sahaja untuk menonjolkan produk kami, tetapi juga mengeratkan hubungan antara SZBLOOMS dan komuniti,”ungkap beliau.
Menolak tanggapan Portmeirion hanya memfokuskan pada T20, kata Syanita, kini mampu dimiliki Semua golongan dengan set pinggan mangkuk mampu milik.
Sebagai contoh, pihaknya memperkenal koleksi 16 set pada harga RM399 selepas potongan harga 60 peratus.
Sementara itu, Ketua Eksekutif SZBLOOMS,Muhammad Mujaheed Mahfuz pula berkata, set pinggan mangkuk bukan sahaja menambah seri meja makan malah mencipta memori tidak ternilai bersama keluarga.
Lebih menarik lagi, program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Rozita Che Wan.
Lebih mesra disapa Che Ta, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkesempatan untuk berkongsi tip cara menghias meja gaya eksklusif dan kreatif.
Pengguna setia
Che Ta meluahkan rasa teruja dapat terlibat dalam acara pesta tersebut memandangkan beliau juga pengguna setia produk pinggan mangkuk Portmeirion selama hampir 15 tahun.
“Saya percaya bahawa hiasan meja yang cantik dapat mencipta pengalaman makan yang lebih bermakna. Malah, harga yang ditawarkan jenama ini sangat berbaloi kerana ia (pinggan mangkuk) bukan pakai buang. Malah boleh disimpan sehingga ke anak cucu.
“Seperti saya sendiri, ada beberapa set Portmeirion yang sudah 15 tahun digunakan.
“Lagipun, bukan semua orang memiliki jenama ini dan sudah tentu apabila ada yang menjual pada harga tertentu, pasti ada pembelinya terutama pengumpul koleksi jenama ini,” tambahnya.
Isteri kesayangan Zain Saidin turut mendedahkan akan pentingnya setiap keluarga makan bersama. Justeru, beliau menetapkan meja makan harus lengkap dengan ‘setting’ ala hotel yang dilakukannya sendiri.
“Waktu makan adalah saat yang paling penting kerana semua ahli keluarga akan berkumpul dan berkongsi cerita. Dari situlah hubungan kekeluargaan akan lebih erat terjalin.
“Anak-anak saya walaupun mereka bekerja, namun waktu dinner memang masa bersama sekeluarga. Waktu inilah kami borak dan berkongsi segala cerita bersama.
“Di rumah saya memang terapkan untuk makan, haruslah ada penyediaan pinggan mangkuk yang lengkap seperti di hotel. Malah saya juga akan hias meja makan mengikut tema tertentu.
“Ada ketika kami akan menjemput cef datang ke rumah untuk memasak pada hari istimewa kerana kami punya ahli keluarga yang ramai dengan menjemput adik-beradik saya, jadi lebih selesa untuk habiskan masa di rumah berbanding makan di luar,” katanya lagi.
Sekadar makluman, pesta tersebut menawarkan pelbagai diskaun menarik sehingga 60 peratus untuk koleksi eksklusif Portmeirion, menjadikannya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pencinta pinggan mangkuk eksklusif dan penggemar hiasan meja.
Setiap pembelian juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke destinasi impian seperti Maldives, Korea Selatan, atau Australia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang