Keindahan laut, kelestarian alam bersatu di Ombak Dive Resort. Pengusaha komited pelihara keindahan dunia untuk generasi akan datang
BAYANGKAN diri anda melangkah ke pesisir pantai yang memukau, air laut sejernih kristal dan deruan ombak yang memikat jiwa.
Ia bukan fantasi tetapi realiti yang menanti di Ombak Dive Resort, Coral Bay, Pulau Perhentian.
Cukup sempurna bagi mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kesibukan kota dan merehatkan minda buat seketika.
Apa kata, rasai pengalaman yang takkan dilupakan di resort berkenaan.
Terletak di lokasi strategik berhampiran tarikan ikonik seperti Long Beach dan Kincir Angin, resort tersebut hanya beberapa minit perjalanan bot dari Jeti Kuala Besut.
Selama lebih 10 tahun, lokasi yang terletak di Pulau Perhentian itu sememangnya cukup dikenali ramai sebagai syurga buat penggemar aktiviti berasaskan air.
Ombak Dive Resort sejak dahulu lagi menjadi pilihan utama pelancong tempatan dan antarabangsa. Resort tersebut tidak hanya menawarkan pemandangan indah tetapi juga pengalaman luar biasa sesuai untuk semua peringkat usia.
Daripada menyelam skuba dan snorkeling yang sememangnya aktiviti wajib dicuba, pelancong juga berpeluang menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan.
Buat pencinta alam boleh menikmati panorama indah menerusi aktiviti trekking.Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh berkreativiti menerusi kelas Tie Dye yang disediakan,berbarbeku dan sebagainya.
Pendek kata di sini menawarkan pakej percutian lengkap dengan aktiviti menyelam, promosi makan malam istimewa seperti ‘bakar-bakar’ pada hujung minggu dan diskaun untuk pelancong yang menempah awal atau secara berkumpulan serta pakej team building.Bab penginapan tidak perlu risau kerana resort berkenaan menawarkan lebih daripada 25 bilik yang terdiri daripada vila keluarga, bilik deluxe, dan standard dengan kapasiti sehingga 90 tetamu.
Selain itu, manjakan selera anda dengan pilihan menu tempatan dan antarabangsa yang disediakan oleh chef berpengalaman dalam bidang kulinari.
SinarPlus berkesempatan menemu bual pemilik resort berkenaan secara alam maya.
Meneroka ekopelancongan
Menurut Datuk Zulkifli Mohd Sharif, idea menubuhkan resort berkenaan lahir daripada kecintaannya terhadap laut dan keinginan untuk berkongsi keindahan semula jadi Pulau Perhentian.
"Walaupun berdepan cabaran seperti ketidakstabilan cuaca dan logistik, dedikasi pasukan memastikan perkhidmatan tetap cemerlang sepanjang tahun.
"Kami juga menawarkan latihan dan kursus kepada pelajar yang berminat dalam bidang pelancongan, hospitaliti serta kulinari di akademi kami iaitu Ombak International Akademi" ujar anak jati Terengganu itu lagi.
Pada masa sama, Zulkifli turut memperluaskan kapasiti penginapan dengan menambah bilik bagi menampung lebih ramai pelawat.
Selain itu, beliau mahu menyediakan lebih banyak aktiviti bagi meneroka ekopelancongan di kawasan berkenaan.
"Kami juga merancang untuk melahirkan lebih ramai tenaga pengajar selam skuba dalam kalangan anak muda tempatan.
"Ia bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada mereka dan memperkukuh industri pelancongan berasaskan laut di Terengganu.
"Pada masa sama, kami juga bercadang menjalankan program pendidikan mengenai pemeliharaan alam sekitar untuk tetamu dan komuniti setempat,"jelasnya.
Jadi, jangan lepaskan peluang menikmati keajaiban Pulau Perhentian di Ombak Dive Resort, destinasi yang menjanjikan keindahan laut, hospitaliti mesra dan kelestarian alam bersatu.
Malah, anda bukan hanya pelancong tetapi sebahagian daripada usaha memelihara keindahan dunia untuk generasi akan datang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang