Inner, telekung viral SITIMURNI jadi buruan, jenama tersohor itu kini hadir dengan minyak wangi bau kayangan, harga marhaen

JENAMA SITIMURNI sentiasa menjadi buruan kaum Muslimah yang sentiasa mahukan material berkualiti seperti telekung, tudung, anak tudung, kaftan, cincin skarf dan banyak lagi.

Melihat kepada momentum itu telah mendorong Pengarah SITIMURNI Holdings Sdn Bhd, Siti Murni Abdul Aziz untuk lebih mempelbagaikan dan sentiasa melahirkan inovasi baharu untuk setiap produknya demi para pelanggan yang setia sejak 15 tahun penubuhan syarikat itu.

Ketika ditemui baru-baru, Siti Murni berkata, pihaknya baru sahaja melancarkan telekung koleksi terkini dinamakan Wafiya yang merupakan idea yang dirintisnya sendiri.

“Sebelum ini, kami hadir dengan koleksi Catalina, Sophia, Ainul Mardhiah dan Lavida. Kini, kami tampilkan pula Wafiya yang lebih dinamik, kreatif dan bakal menjadi rebutan.

“Menariknya, satu perempat material Wafiya diperbuat menggunakan premium cotton bubble spandex iaitu fabrik sama pada inner (anak tudung) kami yang laku keras.

Kain jenis itu membuatkan telekung yang dipakai akan terletak cantik pada kepala dan anak rambut tidak akan terkeluar. Seperkara, di SITIMURNI, kami memang tak kedekut bab kain. Telekung ini memang besar bagi memudahkan ibadah dan memastikan setiap pemakai berasa selesa,” katanya yang tidak pernah menggunakan selebriti untuk tujuan promosi.

BACA JUGA: Solat dan doa jadikan Siti Murni pada hari ini. Jenamanya terus meledak, idea terus melimpah

Selebihnya ujar Siti Murni, Wafiya dijahit bersama kain premium cotton lycra yang sememangnya tidak panas dan sesuai dengan apa jenis cuaca pun.

Lebih ekstravaganza, telekung yang terdiri daripada rona baby mint, jade blue, lavender, luxury pink, baby yam, black, cream, white dan woody itu mempunyai poket berzip pada bahagian kain.

“Pembeli telekung SITIMURNI juga terdiri daripada jemaah umrah dan haji. Justeru, mudah untuk mereka menyimpan barangan mereka dengan selamat dalam poket yang disediakan,” katanya.

Inner & Nour

Tidak hanya hadir dengan telekung, jenama tersohor dalam kalangan wanita itu turut mengetengahkan inner yang dikemas kini dari segi pembuatannya.

Sebenarnya, inner SITIMURNI telah mula dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi. Dalam tempoh itu, lebih 100,000 helai telah terjual. Perkembangan itu terus membuatkan saya lebih bersemangat untuk melopori inner yang terbaik di negara ini,“ ungkap mantan wartawan, pengacara dan pembaca berita RTM itu.

Maka, terhasillah inner jenis classic, classic chin, half chin strap dan terbus.

“Setakat ini, respons daripada pelanggan amatlah memberangsangkan. 99.9 peratus pelanggan akan datang beli dan beli lagi. Bila saya bertemu dengan mereka, ada yang mengakui sudah mempunyai semua warna yang kami hasilkan.

Paling buat saya terharu, ada antara mereka ialah peminat dari Arab Saudi, Singapura dan Brunei. Semuanya sanggup turun ke kedai kami semata-mata mahu dapatkan produk ini (inner),” katanya.

SinarPlus yang diberi peluang mencuba inner tersebut turut ingin berkongsi pandangan peribadi.

Apa yang boleh dikatakan, material tersebut melekat cantik pada wajah, ‘tidak bergerak‘ walau sudah berjam-jam memakainya dan telinga berasa selesa tanpa ganggu pendengaran.

Iklan

Paling penting, inner SITIMURNI tidak panas meski penulis memakai tudung shawl jenis cotton.

Ujar Siti Murni, istimewanya lagi anak tudung itu adalah ia boleh disarung oleh kanak-kanak berumur seawal sembilan tahun.

Kita memang tawarkan free size, jadi tak kira kanak-kanak atau orang dewasa boleh memakainya. Kain jenis premium cotton bubble spandex sangat berkualiti dan tidak akan meregangkan benang. Jadi, tidak hairanlah setiap kali kita keluarkan rangkaian baharu, memang laris habis. Kami bertuah kerana sudah meraih kepercayaan pelanggan,” tuturnya.

 

SITIMURNI nampaknya terus memperluaskan skop bisnes mereka.

Ujar usahawan muda berdaya maju itu, terkini label berkenaan cuba untuk mengeksplorasi minyak wangi pula yang diberi nama Nour berkapasiti 30 mililiter.

Iklan

“Sebenarnya, saya cuba-cuba saja. Namun, tak sangka ketika saya buat siaran langsung di platform media sosial dan perkenalkan Nour, saya terkejut kerana sold out. Orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

“Sebotol Nour hanya dijual pada harga RM39.90. Aromanya seperti minyak wangi level kayangan yang beribu-ribu ringgit, tapi kami menjualnya pada harga yang sangat berbaloi untuk dimiliki,“ kata beliau.

INFO SITIMURNI
Alamat: 28-G, Blok A, Jalan Atmosphere 3, Jalam Putra Permai, Pusat Perniagaan Atmosphere, Seri Kembangan, Selangor
Produk: Telekung, anak tudung, minyak wangi, tudung, kaftan dan banyak lagi
TikTok: sitimurniofficial
Facebook: Sitimurni
Instagram: @sitimurni.official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.