MINUMAN berkarbonat ikonik di bawah label Coca-Cola, Sprite kini tampil dengan inovasi baharu, Sprite Lemon+ Zero Sugar yang kaya vitamin B3.

Menariknya, Malaysia antara beberapa pasaran pertama yang tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan pembaharuan tersebut kepada peminat bermula 1 September nanti.

Berkongsi keterujaan, Pengarah Pemasaran (Frontline Marketing Director), Rina Surya berkata, Sprite sentiasa menjadi sumber kesegaran harian yang popular di seluruh negara.

“Kini, pengenalan perisa baharu, Sprite Lemon+ Zero Sugar akan melonjakkan lagi sensasi kesegaran soda lemon ke aras lebih tinggi.

“Ia sekali gus menggalakkan orang ramai untuk kekal tenang dan sentiasa menjadi ‘juara’ dalam kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

sprite

Pada masa sama, Kempen Heat Happens, Think Zesty juga dianjurkan khusus untuk generasi Z dan pekerja pejabat yang sedang mencari tenaga tambahan bagi menghadapi tekanan seharian.

Program tersebut merangkumi saluran media sosial, filem dalam talian, kiosk pengalaman interaktif dan ‘cuba rasa’ selain pemasaran ‘luar rumah’ yang ditempatkan secara strategik di lokasi utama di bandar terpilih.

 

Jadi apa tunggu lagi? Kalian boleh serbu kempen tersebut jika berada berhampiran ya!

Baca juga Coca-Cola Creations berkolaboratif dengan penyanyi antarabangsa Marshmello untuk minuman edisi terhad

Kemuncak pelancaran tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pempengaruh media sosial popular, Daniel Cheang dan Izzrin Irfan di Kedai Flagship 7-Eleven, Bandar Puteri Puchong, Selangor baru-baru ini.

sprite

Mereka dijemput untuk berkongsi pengalaman peribadi dalam program pep-talk santai sempena penganjuran kempen tersebut.

Iklan

Baca juga Kolaboratif dengan Cef Fazley dan Coca-Cola, Tony Roma’s lancar menu istimewa akhir tahun yang mengiurkan

Antara topik yang menjadi perbualan utama seperti tekanan kerja, halangan mental, kekangan kewangan dan tuntutan sosial.

sprite

Untuk anda yang mahu mencuba atau mendapatkan minuman serba baharu tersebut, pencarian boleh dibuat di pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit seluruh negara.

Pembelian dalam talian juga digalakkan melalui platform e-dagang popular seperti Lazada dan Shopee.

Iklan

Untuk info lanjut, layari www.Coca-Cola.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang