Bukan calang-calang! 2 anak Melayu genggam 'double master' di Universiti of Ohio harumkan nama Malaysia

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan kepada dua pelajar Malaysia yang mengharumkan nama negara di bumi Amerika Syarikat (AS).

Bukan calang-calang kejayaan yang diraih Muhammad Zakwan Rusydi Suhaimi dan Nur Syamila Abd Latif!

Kedua-duanya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam menamatkan pengajian peringkat Master dalam bidang Dual Program Master of Business Administration (MBA) dan Master Sports Administration dari Ohio University, Athens, Ohio.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi laman sosial rasmi MARA USA berkongsi perjalanan dan liku-liku kejayaan pelajar tajaan mereka, Muhammad Zakwan serta Nur Syamila yang jarang-jarang diraih anak Malaysia.

No Image Caption

Sepanjang tempoh pembelajaran mereka di Amerika Syarikat, banyak pendedahan dan pengalaman yang telah mereka perolehi kerana program ini menekankan experiential learning kepada pelajar," katanya.

Misalnya, pada tahun pertama pengajian di peringkat MBA, mereka perlu melakukan konsultasi dengan sebuah organisasi di Amsterdam, Belanda.

Malah, mereka juga perlu membentangkan hasil kerja mereka di Amsterdam, Belanda sebagai projek terakhir mereka sebelum menamatkan MBA.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

AKTIF DALAM INDUSTRI SUKAN AS

Menerusi hantaran berkenaan, bagi pembentangan Muhammad Zakwan memilih tajuk Strategic Use of Blockhain manakala tajuk pembentangan Nur Syamila pula berkaitan Building a Sustainable Solopreneur VC Business Model.

Ketika menuntut di tahun kedua pengajian, mereka dengan bergiat lebih aktif didalam industri sukan di Amerika Syarikat.

"Muhammad Zakwan berpeluang untuk melakukan projek akhir dengan salah satu pasukan terkemuka National Football League (NFL) iaitu New York Jets.

No Image Caption

"Beliau mengkaji cara terkini penaja pasukan profesional industri sukan melakukan activation dan marketing dan menganalisis organisasi baharu yang dijangka akan melakukan pelaburan di dalam industri sukan.

"Nur Syamila pula berpeluang melakukan projek akhirnya bersama Women National Basketball Association (WNBA) dan berpeluang mengkaji peminat Women’s College Basketball dan cara organisasi itu meningkatkan fanbase.

"Kajian beliau tertumpu kepada kebolehpasaran WNBA di peringkat antarabangsa," kongsinya.

Dalam masa dua tahun di sana, mereka berkesempatan untuk bekerja bersama pasukan football dan basketball Ohio University.

No Image Caption

Mereka terlibat melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan tersengit sepanjang musim.

Kesempatan untuk mengutip pengalaman di luar negara digunakan sebaiknya. Justeru, Muhammad Zakwan merebut peluang bekerja sebagai Assistant Event and Operations manakala Nur Syamila pula mengambil peranan Assisant Coordinator of Fan Engagement & Marketing sepanjang mereka belajar di Ohio University.

Tahniah buat Muhammad Zakwan dan Nur Syamila! Semoga kejayaan yang diraih mereka menjadi penguat semangat buat kita untuk menggapai cita-cita dalam bidang yang diminati.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang