Dari suri rumah ke pengasas fesyen, Zara Salim bangkit dari bisnes online ke flagship- 'Suami sanggup berkorban...'

No Image Caption
A
A
A

BERMULA dengan minat berfesyen dan keberanian mencuba, Zarawani Salim atau lebih dikenali sebagai Zara Salim kini berdiri sebagai figura wanita yang berjaya mewarnai dunia gaya moden.

“Bagi saya, fesyen bukan sekadar pakaian. Ia adalah cara kita zahirkan diri, tambah keyakinan, dan jadi inspirasi untuk orang lain,” kata pengasas jenama She Dazzle itu ketika ditemui sempena pelancaran butik flagship pertamanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Mengimbas permulaan perjalanan jenamanya, Zara mendedahkan ketika perjalananya bermula pada tahun 2011. ketika itu dia masih bekerja di Kemaman. 

"Suami pun ada kerja tetap dalam bidang oil and gas. Tapi dia nampak minat saya yang mendalam dalam fesyen, walaupun tiada sebarang kelulusan formal dalam bidang tersebut. 

"Saya cuma suka berfesyen, suka mix and match. Daripada situ, kawan-kawan mula nampak dan suka gaya saya," ungkapnya lagi.

No Image Caption

Dari hanya menjual secara dalam talian dengan kuantiti kecil, jenama tersebut sedikit demi sedikit mula mendapat tempat. 

“Mula-mula saya jual pada kawan-kawan saja. Sambutannya luar jangka. Dari online, kami berani ambil ruang kedai. Lama-kelamaan, kami berjaya buka butik dua tingkat di Kemaman. Itu jadi turning point untuk kami fikir lebih jauh,”kongsi Zara.

Keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dibuat selepas melihat potensi yang lebih besar. 

“Di Kemaman, kita dah capai apa yang boleh capai di situ. Jadi kami putuskan untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Memang bukan senang, tapi bila ada visi jelas, kita akan terus ke depan,” jelas Zara.

Bagi Zara, salah satu kekuatan She Dazzle adalah keberanian memperkenalkan idea baharu setiap bulan. 

“Fesyen bergerak laju, kalau kita tak kejar, kita akan ketinggalan. Jadi setiap bulan, kami keluarkan sehingga tiga koleksi baharu. Kadang-kadang kami keluarkan koleksi kanak-kanak dan lelaki juga, bergantung pada kempen. 

"Untuk wanita, koleksi ‘one set’ sangat popular sebab wanita moden nak sesuatu yang praktikal dan mudah. Dan kami suka main dengan warna bold supaya si pemakai nampak lebih eksklusif dan elegan,” katanya lagi.

Perjalanan She Dazzle bukan hanya kisah fesyen, tetapi juga kisah pengorbanan keluarga. Zara mendedahkan, sokongan suami banyak memainkan peranan penting.

“Suami saya sebenarnya sokong dari awal. Dia sanggup berhenti kerja tiga tahun lalu untuk bantu saya sepenuh masa. Bukan mudah buat keputusan begitu, tapi dia percaya dengan potensi yang ada pada bisnes dan juga diri saya. Itu antara penguat semangat terbesar saya,” katanya.

No Image Caption

Kini, selepas lebih sedekad, label berkenaan berkembang daripada jenama kecil dalam talian kepada pilihan wanita berhijab moden yang mahu tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan. 

Dengan falsafah “A wardrobe of the trendsetter” dan simbol rama-rama sebagai lambang transformasi, ia terus kekal relevan dalam industri yang penuh persaingan.

“Bila orang pakai koleksi She Dazzle dan rasa yakin dengan diri mereka, itulah kejayaan sebenar bagi saya. 

"Duit boleh datang kemudian, tapi kepuasan melihat wanita rasa lebih berani dan bahagia dengan apa yang mereka pakai, itu yang paling bermakna,” kata Zara menutup bicara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang