Dulu penyanyi nasyid, sekarang cipta kejayaan sebagai usahawan, Dr idzu raih gelaran Datuk. 'Perjuangan fasa baharu yang mengujakan....'

No Image Caption
A
A
A

BAGI peminat kumpulan nasyid Saujana yang membesar dengan lagu seperti Sepohon Kayu, pasti mengenali susuk tubuh bernama Dr Idzu Baharin.

Beliau yang aktif sebagai usahawan baru-baru ini melakar kejayaan apabila menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

No Image Caption

Dr Idzu, 43, atau nama sebenar Khairul Idzwan Baharin dalam satu perkongsian berkata, anugerah diterima atas jasa, pengorbanan dan tanggungjawab selepas hampir tiga dekad berkecimpung dalam keusahawanan perubatan dan penyelidikan perubatan regeneratif.

"Alhamdulillah, saya sangat menghargai dan bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi saya satu semangat besar serta suntikan baharu untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

"Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

"Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yg sangat mengujakan," katanya.

Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd sejak 13 tahun lalu turut berterima kasih atas penganugerahan diberikan.

"Saya nak ucapkan terima kasih dan selamat hari lahir ke-75 kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam serta kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di atas kepercayaan dan penganugerahan yang bermakna ini," katanya.

No Image Caption

Aktif bidang muzik

Sekadar makluman Cell Tissue Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada 2010 sebagai syarikat berteknologi perubatan maju di Malaysia. Ia adalah 'spin-off' daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang juga universiti dan institut penyelidikan terkemuka di negara ini.

Syarikat itu juga menjadi peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif di Malaysia sejak penubuhannya. Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.

Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Dr Idzu telah meraih pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023), Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM, Penganugerahan sebagai Diplomat Malaysia Pertama oleh American Board of Regenerative Medicine (ABRM).

No Image Caption

Selain itu, pada 2016 mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.

Menariknya juga, Dr Idzu masih aktif dalam bidang muzik. Terbaharu, belaiu bersama kumpulan Saujana bersama penyanyi Siti Nordiana dicalonkan bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH36) menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang