Hari lahir isteri, Izzudin raih gelaran juara Terbuka Artik bersama Sze Fei. Romantiknya sempat hantar bunga. 'Happy birthday isteriku'

No Image Caption
A
A
A

TERUS melakar kejayaan, pasangan beregu profesional negara Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei merangkul gelaran juara Arctic Open 2024 selepas mengenepikan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen.

Lebih istimewa lagi, rezeki itu diraih Nur Izzuddin pada hari lahir isterinya, Mawar Mutiara Abdul Razak.

Romantisnya! Biarpun berada jauh beribu batu di bumi Finland dan sedang bertarung di gelanggang, Izzudin tidak lupa menghadiahkan jambangan bunga buat Mawar menerusi rakan.

"Uncle Diman travelled 300 miles to visit his nepher and deliver my birthday bouqet from my beloved one who is 5,000 miles away. Thank you," kongsi Mawar di Insta Story.

No Image Caption

Dalam perlawanan berlangsung sengit di Vantaan Energia Areena, Finland itu, pasangan yang popular dengan jolokan DinFei terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Artikel Berkaitan:

Namun pasangan berregu kelapan dunia tersebut bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

No Image Caption

Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.

Kemenangan itu juga membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan itu.

No Image Caption

Gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Terdahulu, Izzuddin dan Mawar berkahwin ketika karier lelaki itu berada di puncak dan berusia 25 tahun.

Pernah tular berwajah tampan, Izzudin menjadi bualan ramai apabila hidungnya berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa majlis akad nikah pada 23 September 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang