Inspirasi! Genggam ijazah sarjana CGPA 3.93, Azawate Zenol Abidin raih Anugerah Sarjana Cemerlang. 'Tahniah penyampai berita kesayangan saya'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH buat bekas penyampai berita Buletin Utama, Azawate Zenol Abidin berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana baru-baru ini.

Tidak hanya itu, Azawate, 44, juga meraih Anugerah Sarjana Cemerlang dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-100.

"Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang pada usia begini. Saya rasa amat gembira," katanya.

No Image Caption

Menjadi ibu dan pelajar dalam masa yang sama tentu bukan tugas yang mudah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Azawate sempat berkongsi tip kecemerlangan hingga meraih keputusan yang sangat baik.

Artikel berkaitan:

Cantik, bijak, Hawa Rizwana tamatkan pengajian sarjana dengan cemerlang, kongsi tip bangun seawal 4 pagi

"Selalunya orang akan berkata, kita kena fokus dan study hard. Namun bagi saya, selain daripada itu kita perlu mempunyai hubungan baik dengan pensyarah dan rakan sekelas.

"Terutama rakan rapat dan rakan kumpulan yang memiliki gelombang (pemikiran) sama agar perjalanan lebih murah.

"Apabila kita mempunyai networking dan good rapport, hubungan yang baik dengan orang sekeliling," katanya.

Dalam sebak, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menyatakan syukur doanya didengari hingga kejayaan itu dalam genggaman.

No Image Caption

"Tentunya saya amat syukur kerana ALLAH mendengar doa saya.

"Ribuan terima kasih kepada suami, anak-anak, ibu bapa dan adik-adik yang tidak pernah berputus asa serta sentiasa memberi sokongan walaupun saya berasa tidak mampu lagi dan berputus asa namun mereka betul-betul percaya.

"Ia amat mencabar bagi saya kerana pada akhir semester saya kehilangan orang tersayang iaitu adik.

"Tidak lupa pensyarah tersayang dan rakan-rakan. Terima kasih banyak-banyak," luahnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Azawate turut memberikan nasihat kepada para pelajar yang sedang berjuang menyudahkan pengajian untuk terus berusaha mencapai tahap tertinggi.

"Kepada yang mendaftar sebagai siswa UiTM, pastikan anda kembali (konvoksyen) dengan Anugerah Sarjana Cemerlang.

"You can do it," tuturnya.

Warga maya tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Azawate dan menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi.

No Image Caption

"Touchingnya ucapan Azawate. Tahniah sis, moga cemerlang di dunia dan akhirat.

"Rindu nak dengar Azawate baca berita."

"Tahniah penyampai berita kesayangan saya."

"Usia bukan halangan. Tahniah Azawate."

Beliau terdahulu menamatkan perkhidmatan di bilik berita TV3 menerusi Skim Pemisahan Wajib atau Mandatory Separation Scheme (MSS) pada tahun 2019.

Azawate yang memulakan kerjaya di stesen televisyen itu pada tahun 2004 pernah digelar Ratu Air Mata kerana mengalirkan mata ketika berkongsi luahan hati isteri pramugara MH370.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang