Penampilan semakin jelita, pesona keayuan Tengku Puteri Afzan Aminah jadi perhatian ramai. Warisi kecantikan bonda

No Image Caption
A
A
A

SEMAKIN berseri-seri raut wajah puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah ini.

Kelibatnya pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

No Image Caption

Sederhana namun keayuan terserlah. Penampilan Tengku Puteri Afzan dalam persalinan kurung hitam dan berhijab rona senada menyerlahkan lagi seri wajah baginda yang halus serta licin.

Solekan natural yang minimum oleh jurusolek, Rozlan Nassir menambahkan seri kejelitaan semula jadi pemegang Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan, University of London itu.

No Image Caption

Dalam masa yang sama, turut kedengaran desas-desus pasangan kembar Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah itu bakal bergelar pengantin diraja tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Akan menginjak usia 24 tahun pada 11 September, Tengku Puteri Afzan Aminah dikatakan bakal disatukan dengan jejaka dari Selangor.

No Image Caption

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Istana Pahang bagi mengesahkan mengenai khabar angin tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang