Tengku Puteri Afzan bakal bergelar isteri? Tarikh lintas langsung istiadat perkahwinan diraja tular

No Image Caption
A
A
A

KHABAR gembira mengenai pernikahan diraja puteri Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Raja, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai FD Izham sememangnya diketahui warga maya.

Sekeping poster digital beredar di laman sosial dikongsikan oleh pengurus acara yang mengendalikan majlis tersebut, Teja Market pada hantaran TikTok hari ini.

No Image Caption

Pada poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama Langit Cinta Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja turut menyatakan lintas langsung istiadat perkahwinan diraja berkenaan bertempat di Tasek Kotasas, Kuanta selama tiga hari bermula 22 Ogos ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Hantaran berkenaan tersebut turut diulang siar menerusi TikTok @cmspahang yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah Aminah.

No Image Caption

Turut tertera nama bakal pengantin lelaki iaitu FD Idzham FD Iskandar.

Pada ruangan komen, Teja Market memaklumkan ada menyediakan skrin besar untuk tontonan rakyat Pahang bagi majlis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Tunku Azizah menerusi akaun TikTok dipercayai miliknya telah berkongsi pada ruangan tarikh penting pernikahan bakal pengantin diraja itu.

No Image Caption

Dalam tulisannya, dimaklumkan bahawa istiadat akad nikah, istiadat berinai dan istiadat bersanding bakal dilangsungkan pada 22, 23 dan 25 Ogos 2024.

No Image Caption

Malah, pada hari bahagia Tengku Puteri Raja Tengku Afzan akan diadakan lintas langsung khas dari Padang Kota Sultan Ahmad Shah dan padang Masjid Sultan Ahmad, Kuantan.

Menerusi carian SinarPlus, FD Izham merupakan seorang usahawan muda dan pemain ragbi untuk kelab Saracens FC yang berpangkalan di London.

Beliau merupakan anak sulung kepada Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor dan isteri, Datin Seri Hafizah Zakaria.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang