Putra Rayqal tamat pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Nora Danish bersatu bersama bekas suami & mentua rai kejayaan anak

No Image Caption
A
A
A

 

ALHAMDULILLAH! Tahniah diucapkan buat aktres popular, Nora Danish atas kejayaan putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang selamat menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja'afar (KTJ).

Menerusi Insta Story bekas suami Nora, Toh Muda Datuk Riza Rizal Ashram memuat naik momen bermakna mereka bersama meraikan anakanda tercinta.

No Image Caption

Terserlah wajah gembira Nora dan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai sewaktu menghadiri majlis graduasi anak mereka, baru-baru ini.

Menerusi foto, turut hadir, ibu bapa Jejai, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ramli Ngah Talib dan isteri, Toh Puan Raja Datuk Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah.

No Image Caption

Dalam pada itu, bonda Jejai sempat memuat naik foto kenangan bersama cucu tersayang.

Artikel Berkaitan:

"18 Jun 2025.Putra Rayqal Ramli bin Rizal Ashram re PAYONG's graduation.

"Year 11 graduation 2025 KTJ Class of 2025.

"Congratulations sayang. Atok and Tah are happy for you. It is the beginning of more years of acquiring knowledge," titipnya.

No Image Caption

Warganet turut gembira menyaksikan kejayaan Rayqal menzahirkan ucapan tahniah buat Rayqal.

No Image Caption

Sekadar rekod, pelakon Puteri itu berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada awal Julai 2008.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 7.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang