Tahniah! 10 info Aaron Chia, Soh Wooi Yik, penyumbang pingat pertama Sukan Olimpik Paris 2024

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus mempertahankan pingat gangsa yang dimenangi di Tokyo pada 2021.

Kemenangan itu dilakar selepas kedua-duanya berjaya menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19 pada aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris.

No Image Caption

Aaron-Wooi Yik pasangan beregu yang bukan calang-calang kerana pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan berpengalaman Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

No Image Caption

Ayuh SinarPlus bawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan dua sosok individu cukup dikenali ramai ini:

Berikut info menarik mengenai pasangan beregu ranking kelima dunia itu:

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Aaron Chia

1-Aaron dilahirkan pada 24 Februari 1997 merupakan anak jati Batu Berendam, Melaka.

2-Merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik.

3-Bermain badminton pada usia empat kerana kerap mengikuti bapanya ke gelanggang sukan itu.

4-Mewakili negeri dalam sukan badminton pada usia 11 tahun dan mendapat tempat di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berumur 14 tahun.

5-Menyertai pasukan kebangsaan pada 2015, Aaron mula berlatih di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika berusia 17 tahun.

6-Aaron memiliki kepakaran menggunakan tangan kanan mula bermain dengan Soh Wooi Yik sejak September 2015.

7-Melakar kejayaan dengan Soh Wooi Yik sejak Kejohanan Dunia Remaja pada tahun yang sama.

8-Aaron Chia telah berkahwin dengan Mei Qi dan memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Alvee dan Elisa.

9-Beliau pernah menerima Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 2021 dan

Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) pada tahun 2022.

10-Pernah mencapai ranking nombor dua dunia pada Januari 2023 bersama Soh Wooi Yik.

No Image Caption

Soh Wooi Yik

1- Wooi Yik dilahirkan pada 17 Februari 1998 merupakan anak kepada bekas pemain kebangsaan, Soh Goon Chup.

2- Goon Chup pernah beraksi untuk skuad kebangsaan dalam acara beregu lelaki pada era 1970-an hingga 80-an

3-Wooi Yik juga anak saudara kepada pemain beregu badminton tersohor, Soo Beng Kiang.

4-Mula bermain badminton pada usia enam tahun, bapanya Goon Chup adalah jurulatih pertama.

5-Menurut bapanya, Wooi Yik mengikuti lelaki itu mengajar badminton di Cheras dan Selayang untuk belajar dan main bersama-sama.

6-Usaha dan minat membuahkan hasil apabila Wooi Yik terpilih untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika berumur tujuh tahun.

7-Beliau juga ditawarkan empat di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berusia 13 tahun.

No Image Caption

8-Pada Wooi Yik tersenarai sebagai sebagai skuad pelapis kebangsaan pada penghujung 2015 dan dilatih oleh Cheah Soon Kit

9-Bersama Aaron, Wooi Yik memenangi pingat emas Sukan SEA Manila 2019, gangsa Olimpik Tokyo 2020 dan pingat emas beregu lelaki dalam Kejohanan Badminton Dunia 2022.

Syabas diucapkan buat Aaron Chia dan Soh Wooi atas pencapaian yang membanggakan di acara berprestij dunia!

Semoga kejayaan yang dilakar beliau menjadi penguat semangat dan motivasi buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang