Diuji 11 penyakit termasuk masalah tulang belakang dan jantung berlubang, adik Aishah terpaksa tanggung rawatan seumur hidup

No Image Caption
A
A
A

BUKAN mudah buat Siti Faizah Abu Bakar dan suami untuk menerima hakikat apabila puteri bongsu yang dinanti-nantikan berdepan derita penyakit yang cukup berat.

Siti Aishah Fatimah Muhammad Rodzi, 3, diuji dengan 11 jenis penyakit, antaranya masalah jantung berlubang, tulang belakang dan radang paru-paru.

Lebih menyedihkan, si kecil yang manja dipanggil Aishah itu juga mengalami kelainan pada mata kiri, kaki kiri membengkok, tapak kaki tidak rata dan ekzema yang teruk sejak dilahirkan.

No Image Caption

Kepada SinarPlus, Siti Faizah memberitahu, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan luluh yang sarat bersarang di dalam hatinya selepas doktor pakar memaklumkan keadaan sebenar anaknya.

“Sebenarnya, sepanjang kandungan saya tiada berdepan sebarang masalah dan setiap pemeriksaan terperinci yang dibuat di hospital kerajaan serta klinik swasta semuanya nampak normal.

No Image Caption

“Namun, selepas seminggu dilahirkan barulah saya nampak Aishah pelik terutamanya pada bahagian mata kirinya yang sepet, manakala kaki kirinya nampak pengkar,” ceritanya yang kemudian merujuk ke klinik kesihatan berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Aishah kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk ujian darah dan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengetahui diagnosis penyakit lebih tepat.

No Image Caption

Pun demikian, keputusan yang diterima cukup memeranjatkan apabila doktor mendapati, jantung Aishah berlubang, tulang belakang abnormal (mengandungi lebihan air) dan masalah paru-paru.

Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.

Siapa yang tak nak bahagia, kan!

Lebih-lebih lagi bila tengah sakit, kanser pula tu. Jadi, normal lah bila beliau berharap punya suami yang boleh menemani dan menjadi tempat untuknya bergantung harap, kan!

Rupa-rupanya sudah 17 tahun beliau bergelar ibu tunggal, kenapa agaknya anak kelahiran Sabah itu masih solo sedangkan usianya baharu 38 tahun.

Katanya bukan tidak mencari, bahkan dalam tempoh tersebut pernah bertemu. Nak tahu lebih lanjut, dengarkan perkongsian beliau bersama SinarPlus.

#coversinarplus #azharinaazhar #elegisepi #penyanyi #komposer #ibutunggal #pejuangkanser #kanserrahim #SinarPlus #lifestylesinarharian

Personaliti: AZHARINA AZHAR (@azharina_a)

Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)

Foto: ASRIL ASWANDI

Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR" />

Disebabkan itu, si kecil itu terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan, selain tiub saluran susu lantaran Aishah tidak boleh menelan secara normal.

“Tipulah kalau saya tak sedih. Sebulan lamanya saya menangis memikirkan nasib anak. Suami pun nampak depresi. Malah sepanjang kami kahwin, tak pernah-pernah suami menangis dan kali ini, dia tak dapat nak tahan diri.

No Image Caption

“Bila jadi begini, saya kena kuat walaupun pada hakikatnya masing-masing sangat tak keruan. Sebab itu, kalau nak menangis sekali pun, saya tak akan tunjuk depan anak dan suami,” ceritanya yang menetap di rumah sewa di Taman Air Hitam, Lebuh Padang Tembak Pulau Pinang.

No Image Caption

Kos rawatan

Tatkala berkongsi perkembangan terkini puteri kesayangan, nada suara ibu tiga anak itu sedikit ceria apabila bercerita anaknya sudah tidak bergantung pada tiub saluran susu lagi.

Walaupun tumbesarannya tidak ubah seperti anak kecil berusia sembilan bulan, namun Aishah sudah pandai merangkak dan mengambil permainan sendiri.

“Sebelum ini doktor memaklumkan mata dan telinga Aishah bermasalah. Jadi, bila lihat perubahan positif dan anak pun faham semasa kita beri arahan, hati ini sangat-sangat bersyukur.

“Kalau sebelum ini Aishah hanya mampu terlantar, tapi sekarang ini, dia sudah boleh berjalan dengan bantuan alat sokongan,” ujarnya yang masih menunggu keputusan sama ada anaknya disahkan Sindrom Kabuki atau sebaliknya.

No Image Caption

Bergantung hidup dengan sumber pendapatan sebagai jururawat membuatkan Siti Faizah perlu berjimat menanggung perbelanjaan harian termasuk kos rawatan seumur hidup si Aishah.

Suaminya, Muhammad Rodzi Haron, 48, yang sebelum ini bekerja sebagai juruteknik terpaksa berhenti kerja demi memberikan sepenuh perhatian kepada anak perempuannya.

“Suami terpaksa berkorban kerana anak kami perlukan penjagaan rapi. Saya pun kadang-kadang perlu mengambil cuti untuk menjaga Aishah jika ada rawatan di hospital.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai yang prihatin dengan nasib dia dan tidak putus-putus mendoakannya. Sudah menjadi impian kami untuk melihat Aishah dapat berjalan sendiri, melihat dan mendengar dengan sempurna satu hari nanti,” tuturnya penuh berharap.

No Image Caption

Selain Aishah, penjawat awam berusia 38 tahun itu juga menanggung seorang lagi anak yang disahkan autisme, Muhammad Adib Rayyan, 10, manakala seorang lagi, Muhammad Adib Farhan, 7, normal.

Muhammad Adib Rayyan juga memerlukan rawatan susulan setiap bulan di hospital, selain bantuan khas pembelajaran untuk penguasaan asas membaca dan menulis.

No Image Caption

Kepada orang ramai yang ingin membantu menceriakan adik Aishah dan meringankan bebanan keluarga ini, sumbangan dana boleh disalurkan terus ke akaun Maybank 158248353186 atas nama Siti Faizah Binti Abu Bakar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang