Wan Sofea Aini harumkan nama Malaysia, rangkul johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa. 'Ibu bapa, suami & anak pembakar semangat'
TAHNIAH diucapkan buat qariah Malaysia, Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi mencipta kejayaan mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai juara Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65.
Qariah dari Terengganu berusia 31 tahun itu mencatat mencatat markah sebanyak 95.88 peratus bagi mengatasi peserta Maghribi, Fatima Zahra Assafar (89.38 peratus) dan wakil Indonesia, Nur Rahmiyatin Adhya (87.59 peratus).
Memetik temu ramah daripada video tular, Wan Sofea Aini terharu dengan kejayaan yang diraihnya biarpun diri sedang diuji selesema.
"Saya rasa sangat terharu, tak sangka akan mendapat johan, rezeki yang ALLAH bagi. Jadi syukurlah, Alhamdulillah.
"Dorongan utama saya, kedua ibu bapa yang dari awal sentiasa menyokong.
"Saat saya rasa putus asa, ibu dengan ayah sentiasa memberi semangat supaya jangan berhenti berjuang. Teruskan. Sehinggalah saya sampai ke tahap ini.
"Begitu juga dengan suami dan anak-anak saya. Mereka yang membakar semangat saya," kongsinya.
- Sofizah ungguli pertandingan tilawah antarabangsa, 15 fakta mengenainya
- Terbaik! 10 fakta menarik Muhammad Qayyim Nizar, OKU penglihatan Johan Qari Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-63
- Tahniah! Usia 24 tahun Farhatul Fairuzah terima tauliah mengajar. 'Sama-sama kita belajar & menyampaikan walaupun satu ayat'
Wan Sofea Aini, anak kelahiran Bukit Payong, Terangganu bermula mempelajari teknik taranum seawal usia 12 tahun dengan bimbingan ibunya sendiri.
Beliau yang juga alumni Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hadiah iringan dan sijil penghargaan.
Membawa tema 'Membangun Ummah MADANI', MTHQA ke-65 yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos menghimpunkan 71 peserta dari 49 negara.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
