Anak Sharifah Khasif muncul johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan. 'Rezeki Abeer tertulis, moga jadi penyambung legasi'

No Image Caption
A
A
A

BAGAIMANA acuan, begitulah kuihnya.

Demikian peribahasa yang tepat ditujukan buat qariah negara, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman atas kejayaan anaknya, Abeer Widad  Muhammad Hizal, 10, yang muncul johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Menerusi hantaran di Instagram, juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009 itu berkongsi berita gembira anak kesayangannya mengungguli Mahrajan Al‑Quran Sekolah‑Sekolah (MQSS) 2025 baru-baru ini.

Abeer terdahulu muncul juara Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 2025 bagi kategori sekolah rendah
Abeer terdahulu muncul juara Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 2025 bagi kategori sekolah rendah

"Alhamdulillah, syukur atas izin-NYA anakanda Abeer berjaya menjadi johan kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia pada usia 10 tahun.

"Rezeki Abeer sudah tertulis. Yang lain tak kurang hebatnya. Insya-ALLAH semoga legasi al-Quran tetap terus berkembang sehingga ke akhir hayat. Takbir!" kongsinya.

No Image Caption

Si kecil ini sememangnya berbakat. Terdahulu, qariah berusia 42 tahun itu berkongsi beberapa tip mendidik dan menggilap bakat Abeer dalam bidang ini.

Artikel Berkaitan:

Memetik Nona, Sharifah Khasif yang menerapkan konsep mengaji secara santai mengimpikan Abeer menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya di dunia mahupun akhirat. 

“Sebagai ibu,  sudah tentu saya nak Abeer lebih daripada saya. Kalau boleh saya nak Abeer menjadi seorang insan yang bukan sekadar cantik bahkan cerdik, setia dan terdidik. Abeer bebas memilih kerjaya, namun asasnya haruslah dengan menjadi ahli al-Quran, menjadi mutiara yang sangat berharga di sisi ALLAH SWT, insya-ALLAH.

"Kita cari akhirat, dunia akan kejar kita. Saya yakin orang yang berilmu dan hidup dengan al-Quran akan diberi rezeki dan kehebatan yang luar biasa oleh ALLAH SWT.

"Saya dalam usaha nak menjadikan Abeer seorang insan yang akan meneruskan legasi sebagai qariah negara. Amin Ya ALLAH. Saya dah nampak kelebihannya dari segi suara. Bakat pun dah ada. Skill saja perlu diasah lagi. Makhraj serta sebutannya jelas dan bulat-bulat, ketepatan makhraj yang sedap didengar," katanya.

Sharifah Khasif bersama puterinya ketika masih kecil
Sharifah Khasif bersama puterinya ketika masih kecil

"Mengaji satu kewajipan untuk anak-anak kecil seperti Abeer. Saya aturkan kelas khas untuk Abeer bersama kanak-kanak lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran al-Quran sejak kecil.

"Namun begitu, saya tak terlalu menekan kerana menerapkan gaya santai dan fun. Ini jugalah pendekatan yang saya gunakan untuk kelas anak-anak di Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA). Alhamdulillah mereka seronok tapi syaratnya tak boleh ponteng kelas.

"Saya menjadikan ibu sebagai contoh dalam mendidik anak. Ibu seorang yang sangat sabar dalam mendidik anak-anaknya. Ibu seorang yang tak banyak cakap, pendiam namun jujur. Susah sangat nak ikut, mungkin cara saya berbeza. Saya banyak ikut cara arwah walid (ayah) beliau seorang yang tegas namun sangat penyayang," kongsinya.

Sumber: Instagram, Nona

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang