Jangan minum air terlalu panas, tip elak ulser mulut

Jangan minum air terlalu panas, tip elak ulser mulut
Jangan minum air terlalu panas, tip elak ulser mulut
A
A
A

ULSER mulut adalah luka kecil di dalam bahagian mulut yang sangat sakit dan ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Ia juga menyebabkan ketidakselesaan ketika makan, minum ataupun bercakap.

Siapa yang selalu terkena ulser ini, pasti tahu perit menanggungnya.

Selalunya ulser di dalam mulut tidak berjangkit dan boleh baik dengan sendirinya selepas beberapa hari.

Biasanya, punca yang menyebabkan ulser mulut adalah:

1. Luka pada bahagian mulut disebabkan gosok gigi dan juga tergigit.

2. Mulut yang sensitif kepada makanan yang berasid seperti strawberi, limau dan nanas.

3. Kurang vitamin terutamanya vitamin B12, Folate dan zat besi

4. ‘Dental braces’

5. Jangkitan bakteria, virus ataupun kulat

Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit kaki, tangan dan mulut juga boleh menyebabkan masalah ini selalunya menyerang kanak-kanak.

Ulser di dalam mulut juga mungkin menjadi salah satu tanda individu tersebut mempunyai penyakit yang lebih teruk seperti:

  • Keradangan usus (Inflammatory bowel disease)
  • Kencing manis
  • Systemic Lupus Erythematosus
  • HIV/AIDS
  • Kanser mulut

Ulser mulut yang biasa selalunya boleh baik dengan sendirinya.

Tetapi selalunya ia akan mendatangkan masalah kepada pesakit kerana rasanya terlalu sakit.

Baca juga 10 penyakit sebabkan kematian paling banyak di dunia, semuanya sangat sinonim di Malaysia

Oleh itu, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan sakit tersebut iaitu;

  • Kumur dengan air garam
  • Meletakkan susu magnesium pada ulser tersebut
  • Menggunakan Gel yang boleh disapu pada bahagian ulser untuk mengurangkan sakit. Boleh dapatkan di farmasi.
  • Letak ais pada ulser tersebut

Justeru, amalkan empat perkara ini bagi mengelakkan berlakunya ulser di bahagian mulut;

1. Mengelakkan makanan yang akan merengsakan bahagian mulut. Cuba kurangkan pengambilan nanas, anggur, oren dan lemon. Jika anda asyik mengalami masalah ulser mulut, cuba kurangkan pengambilan buah-buahan tersebut.

2. Cuba elakkan bercakap ketika makan untuk mengelakkan tergigit lidah ataupun bahagian dalam mulut ketika bercakap.

3. Gunakan berus gigi yang tidak terlalu keras

4. Elakkan daripada mengambil air yang terlalu panas

Jika ulser korang berpanjangan lebih dari dua minggu, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber: thediagnosa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca