KAGUM dan penuh inspirasi. Itu dua perkataan yang lahir dalam minda penulis tatkala melangkah masuk ke PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) di Kampung Baru, Kota Jakarta Selatan, Indonesia.

Berkonsepkan urban dan moden, kekemasan dan susun aturnya memang memukau pandangan.

Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, Paragon merupakan rumah kepada 13 jenama produk penjagaan muka dan kosmetik terkenal di Indonesia termasuk jenama nombor satunya, Wardah.

Wardah kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna di negara ini.

Bayangkan, pada 38 tahun dahulu, perusahaan yang asalnya dinamakan PT Pusaka Tradisi Ibu itu hanya dibangunkan dari rumah pengasasnya, Nurhayati Subakat.

Namun demikian, pada hari ini, segalanya telah berubah apabila jenama di bawah Paragon itu telah mencipta fenomena luar biasa. Ia berkembang dengan jayanya di republik Indonesia, sebelum menawan hati pengguna di Malaysia.

paragon wardah

Secara umumnya, Paragon memiliki tujuh buah kilang yang bertempat di kawasan industri Jatake Tangerang. Ia merupakan lokasi bagi proses pengeluaran semua produk dan terletaknya pusat kajian dan inovasi halal terbesar di Asia Tenggara.

Kunjungan penulis bersama beberapa rakan media ke sana baru-baru ini memberi peluang kepada kami untuk melihat lebih dekat struktur operasi syarikat gergasi yang mempunyai lebih 10,000 kakitangan di seluruh Indonesia dan Malaysia.

Sebelum bercerita lanjut, apa yang penulis boleh katakan, Paragon amat mementingkan kebajikan kakitangannya dari segi mental dan fizikal. Mereka dilihat telah mewujudkan suasana kerja dengan aura cukup positif dan kondusif.

 

Buktinya, tiga bangunan utama yang beroperasi sebagai ibu pejabat dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur, lebih daripada sekadar keperluan asas.

Paling menarik perhatian penulis adalah kemudahan kolam renang yang disediakan di tengah-tengah antara ruang bangunan.

Pujian tidak terhenti setakat di situ sahaja. Amat bangga untuk dinyatakan, 85 peratus kakitangannya juga terdiri daripada kaum Hawa!

paragon wardah

Naib Presiden Pemasaran Paragon, Bahrun Afriansyah berkata, wanita telah menjadi penggerak utama kepada kemajuan semua jenama di bawahnya.

“Lebih 80 peratus kakitangan kami juga merupakan mereka yang berumur di bawah 35 tahun,” katanya.

Intai pasaran negara lain

Mengulas mengenai Wardah, Bahrun berkata, jenama yang lahir 10 tahun selepas produk pertama, Putri merupakan perintis kosmetik halal di Indonesia.

“Wardah ini DNAnya bukan tentang perniagaan, tapi bagaimana Wardah mampu memberi manfaat kepada ramai orang,” ujarnya sambil memberitahu kelebihan label berkenaan bagi pengguna Muslim adalah ia mesra wuduk.

paragon wardah

Beliau menambah, persamaan profil pengguna di Indonesia dan Malaysia juga adalah faktor Paragon memilih Malaysia sebagai potensi pasaran mereka.

Selain Wardah, jenama Kahf dan Emina yang juga dipasarkan di sini telah memberi lebih opsyen serta solusi yang terbaik kepada orang ramai.

Baca juga Lengkap dengan serum, teknologi kalis peluh, krim pelindung matahari Wardah pilihan terbaik

Ujarnya, setiap barangan yang dihasilkan bukan sembarangan kerana mereka hanya menggunakan teknologi terbaik yang diiktiraf di dunia.

paragon wardah

“Sumbernya diambil dan dihasilkan dengan kerjasama saintis dari negara-negara tertentu yang semestinya paling berkualiti,” katanya.

Iklan

Kepada satu soalan, Bahrun berkata, pihaknya mempunyai pelan untuk mengetengahkan produk-produk Paragon ke negara-negara lain, namun, setakat ini belum ada sebarang perincian yang dapat dikongsikan.

“Ya, Paragon ada perancangan ke arah itu kerana secara keseluruhannya, kami mempunyai 13 jenama yang boleh disesuaikan dengan karakter sasaran pasaran yang mungkin berbeza-beza,” katanya.

paragon wardah

Selama tiga hari di sana, penulis diajak meninjau sendiri operasi kilang Paragon yang turut menempatkan pembuatan produk Wardah.

Peluang melihat proses uji kaji di makmal dibuat oleh pakar-pakar terlibat menambah lagi keyakinan terhadap semua produk yang dikeluarkan.

paragon wardah

Saintis Kanan Paragon/Wardah, Anita Fajrin memberitahu, penyelidikan selama satu hingga dua tahun diperlukan sebelum satu-satu inovasi baharu dikeluarkan.

Kata Anita, kajian lazimnya dilakukan lebih 150 saintis Paragon dengan kerjasama pakar antarabangsa demi memastikan sebarang keluaran adalah bermutu.

Iklan

Baca juga Wardah & Kahf : Produk percuma untuk pengunjung!

“Kami mempunyai konsultan di Australia, Amerika Syarikat dan Thailand, selain mendapat kerjasama dari universiti-universiti di Eropah, London, Korea, Jepun dan beberapa negara lain,” katanya.

paragon wardah

Fakta menarik tentang Wardah

  • Jenama produk kecantikan paling popular di Indonesia.
  • Dilancarkan pada tahun 1995 di bawah PT Paragon Technology & Innovation.
  • Wardah lahir dari Pusat Kajian & Inovasi halal yang terbesar di Asia Tenggara.
  • Setiap produknya mempunyai standard kualiti antarabangsa hasil inovasi lebih 150 saintisnya dengan kerjasama kira-kira 300 pakar kecantikan global.
  • Produk kosmetik pertama Indonesia diiktiraf halal oleh Majelis Ulama Indonesia dan mendapat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

paragon wardah

  • Mesra wuduk dan boleh dibawa solat. Mendapat permintaan tinggi pasaran dengan pengeluaran sebanyak 5 juta unit produk seminggu.
  • Ketika ekonomi dunia merosot akibat pandemik Covid-19, Paragon masih mampu melancarkan 7 lagi produk baharu.
  • Berada di ranking ke-6 jenama paling pantas berkembang dalam dunia (2014-2015).

Oleh NURHIDAYAH HAIROM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang