KEPADA yang sering bertandang ke Indonesia, jenama Kopi Kenangan memang tidak asing lagi.

Bagi meluaskan rangkaian di Asia Tenggara, label itu kini ‘terbang’ ke Malaysia dengan membuka cawangan di Suria KLCC, Kuala Lumpur, sekali gus yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pelancaran kedai tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Edward Tirtanata dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, James Prananto.

Edward berkata, pihaknya memilih Malaysia sebagai destinasi perkembangan pemasaran sulung selepas melihat kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan, perkembangan budaya kopi dan konsep makanan grab-and-go.

“Ia satu langkah yang dapat membantu kami disenaraikan di pasaran saham. Namun, kami pada masa ini masih tidak mempunyai tarikh khusus atau lokasi penyenaraian sama ada di Indonesia, Nasdaq atau pasaran lain,” ujar beliau lagi.

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Berdasarkan rekod, rangkaian kedai kopi Indonesia berstatus unicorn itu memiliki lebih 850 cawangan di Indonesia.

Sementara itu, James berkata, Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah jenama Kenangan Coffee sebagai nama rasminya di luar Indonesia.

“Kami ingin memberikan penekanan terhadap perkataan Kenangan kerana ia menggambarkan memori yang dicipta bersama.

“Semua pelanggan yang melawat kedai akan dilayan seperti seorang rakan. Setiap cawan kopi yang dijual akan dibuat dengan kasih sayang agar pelanggan kami juga dapat mencipta kenangan bersama dengan kami. Kami ingin menjadi jenama yang paling disukai pelanggan di Asia Tenggara,” ujar beliau lagi.

Baca lagi ‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

KENANGAN COFEE

Kenangan Coffee turut memperkenalkan minuman istimewanya, Kenangan Latte dan Avocado Coffee serta pelbagai pilihan kopi lain.

Iklan

Selari dengan komitmen untuk menyediakan kopi berkualiti terbaik kepada para pelanggan, jenama tersebut juga telah mendapatkan khidmat Mikael Jasin iaitu Barista ke-7 Terbaik di dunia pada tahun 2021.

Beliau kini dilantik sebagai Pengarah Kopi jenama itu.

Mikael akan memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya yang luas bagi merevolusikan cara Kenangan Coffee diperoleh, dihasilkan dan dinikmati.

Iklan

Selain Suria KLCC, Kopi Kenangan juga bakal dibuka di empat lagi kedai di MyTown Cheras, Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid PJ menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, Kopi Kenangan turut melancarkan akademi latihannya di Uptown, Petaling Jaya untuk menyediakan pelbagai program latihan kepada barista dan pekerjanya.

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi