SELEPAS wabak Covid-19 melanda negara, perniagaan penghantaran terus ke rumah atau pesanan secara atas talian berkembang begitu pesat.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh sepasang suami isteri, Rosnizam Ishak, 43, dan Roazian Md Noor, 43, yang menjalankan perniagaan atas talian, Kambing Perap Mbekk.

Sebelum itu, mereka berdua mengusahakan kedai makan, namun dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan, segalanya menjadi muram.

Hanya bergantung kepada promosi dalam media sosial sahaja, Rosnizam tidak menyangka produk kambingnya menjadi viral sehingga mendapat perhatian Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menghubunginya bertanyakan tentang bisnes yang sedang meledak itu.

kambing mbekkk

“Alhamdulillah, tempahan yang diterima begitu memberangsangkan. Barangkali, jualan lebih kepada kaedah bayaran tunai selepas penghantaran lebih memudahkan pelanggan. Kami memahami keadaan sekarang ini orang takut nak keluar makan di kedai-kedai,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Rahsia perapan

Bercerita lanjut, Rosnizam berkata, bagi memastikan kambing perapannya lain daripada lain, beliau menggunakan 14 rencah yang dibeli dari luar negara dengan olahan sendiri dan belajar daripada mereka yang arif.

Artikel berkaitan: Roti potong jejari, mudah bikin, kenyang dan sedap

“Kami membuat penyelidikan (rasa) terlebih dulu, kami mahu perapan itu ada rasa pedas, masam dan manis. Pemilihan daging juga tertumpu pada bahagian bahu kambing muda yang lebih lembut dan berjus.

Berdasarkan reaksi melalui laman sosial, nampaknya jenama Kambing Perap Mbekk sudah mempunyai peminat tersendiri. Ramai yang menyatakan kata-kata pujian. Antaranya menyebut: ‘Kambing Perap Mbekk memang padu.”

kambing mbekkk

Sejajar dengan momentum perniagaannya, Rosnizam berkata, beliau sudah melantik ejen di kawasan Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum ini konsep penghantaran terus ke rumah hanya dibuat di kawasan Pulau Pinang, Sungai Petani, Kulim dan Padang Serai, Kedah.

Iklan

kambing mbekkk

ANEKDOT

Kambing Perap Mbekkk

Alamat: No 77, Jalan Dagangan 4 , Pusat Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang

Iklan

Facebook: Mbekkk Kambing Perap

Instagram: @mbekkkhq

Harga: RM55 (sekilogram) dan RM33 (600 gram)