BUTIK jenama fesyen terkenal, Poplook tampil dengan buah tangan terbaharu apabila mengumumkan kolaboratif bersama pereka fesyen tempatan, Miriam Omar.

Terkenal dengan interpretasi alam semula jadi yang menyeronokkan dan berwarna-warni, Miriam sebelum ini menarik ramai pengikut menerusi labelnya: Project Mirro dan Mirro Notes.

Kerjasama Miriam Omar x Poplook telah menghasilkan 20 gaya yang merangkumi pakaian wanita, aksesori dan pakaian kanak-kanak. Antaranya termasuklah maxi, blaus, beg tote, dan tudung.

Miriam Omar (kanan) bersama salah satu koleksi busana dan beg rekaannya bersama Poplook.

Poplook turut melahirkan rasa teruja dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan Miriam Omar dalam koleksi kapsul tersebut, kata jenama kegemaran Muslimah itu dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Ujar mereka lagi, hasil perbincangan bersama, kedua-dua label memutuskan untuk menghasilkan cetakan yang diinspirasikan daripada bunga-bunga tempatan yang berwarna-warni di kawasan tropika.

Baca ni ‘Suami tunggu dalam kereta jaga anak.’ MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

ELEMEN KEWANITAAN

Poplook X Miriam Omar nampaknya menggunakan signatur cetakan yang dinamakan Mirro Print yang menjurus kepada cetakan berwarna-warni variasi flora seperti orkid, daun monstera, heliconia dan pokok kelapa.

Seleksi palet warna yang dipilih pula kelihatan fun, namun feminin dengan rona seperti oren, merah jambu dan ungu.

Lebih menarik lagi, jenama fesyen ini menampilkan fabrik khas untuk koleksi berkenaan iaitu daripada sifon lembut hingga sutera bagi menyuntik elemen kewanitaan untuk setiap helaian dan cetakan.

Sebahagian potongan didatangkan dalam dua pilihan iaitu printed and solid untuk memudahkan pemakai untuk suai padan.

Iklan

Seperti biasa, Poplook hadir daripada saiz XS hingga 4XL, manakala untuk kanak-kanak pula, bermula dari umur satu hingga 12 tahun.

Poplook X Miriam Omar boleh dimiliki menerusi pembelian dalam talian, www.poplook.com atau di semua kedai Poplook.

Antaranya di SOGO Mall, Setia City Mall, KL East Mall, AEON Shah Alam Mall, IOI City Mall dan The Curve.

Iklan

Baca lagi [VIDEO] ‘Pergi haji atau ke New York Fashion Week?’ Gelagat jemaah wanita balik dari Tanah Suci ‘melaram’ dalam pesawat raih perhatian!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan