Kekal cantik walau usia sudah 50-an, pelakon Laila Nasir dedah rajin amal masker putih telur, madu & jus pegaga!
BAGI peminat drama bersiri Andai Itu Takdirnya pasti mengenali sosok tubuh bernama Laila Nasir.
Lakonannya penuh penghayatan tatkala membawakan watak Syarifah Rosnah.
Memang ramai yang geram dan sakit hati dibuatnya. Namun, bukan itu yang SinarPlus ingin kongsikan.
Bagi yang kurang mengenali beliau, usia pelakon itu kini sudah memasuki 50-an.
Pun begitu, pemilik nama sebenar, Norlaila Yasmin Nasir tetap anggun dan jelita.
Sedar diri semakin dimamah usia, ditambah pula dengan status sebagai seorang selebriti, lantas Laila mahu memastikan penampilan diri tetap terpelihara.
Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu dilihat cukup rajin dan begitu mementingkan penjagaan kulit wajah.
Tatkala ditanya rahsia kekal cantik dan jelita, ibu kepada dua orang anak lelaki tersebut mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya.
Ungkap beliau, dirinya hanya menggunakan cara biasa yang dipraktikkan oleh orang lain iaitu minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saya juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengan air masak setengah gelas.
“Dalam usia sekarang, saya memang tidak amalkan minum minuman berais dan bergas. Saya turut mengamalkan pengambilan jus pegaga yang dikisar sendiri,” ujar Laila lagi.
HATI KENA CANTIK
Kesibukan dengan shooting tidak pernah menjadi batasan kepada Laila untuk menjaga kesihatan diri.
Selain dari aspek pemakanan, beliau akan 'mencuri' masa melakukan señaman ringan ketika berada di rumah.
“Apabila usia sudah masuk 50-an, kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, saya suka memakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda," ungkap penerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember 2021.
Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun
Tambah Laila, kecantikan adalah anugerah oleh SANG PENCIPTA. Justeru, menjadi amanah kita untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.
"Jangan menyalahgunakan kecantikan. Pada masa sama, hati kita pun kena cantik. Maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya.
"Saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelas Laila lagi.
Pada masa sama, beliau turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita supaya tidak terlalu bangga dengan kecantikan paras rupa.
"Kecantikan rupa tidak akan kekal, ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam," ungkap beliau lagi.
Sumber gambar: Instagram lailanasirofficial
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang