BAGI peminat drama bersiri Andai Itu Takdirnya pasti mengenali sosok tubuh bernama Laila Nasir.

Lakonannya penuh penghayatan tatkala membawakan watak Syarifah Rosnah.

Memang ramai yang geram dan sakit hati dibuatnya. Namun, bukan itu yang SinarPlus ingin kongsikan.

Bagi yang kurang mengenali beliau, usia pelakon itu kini sudah memasuki 50-an.

Baca lagi ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Pun begitu, pemilik nama sebenar, Norlaila Yasmin Nasir tetap anggun dan jelita.

Sedar diri semakin dimamah usia, ditambah pula dengan status sebagai seorang selebriti, lantas Laila mahu memastikan penampilan diri tetap terpelihara.

Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu dilihat cukup rajin dan begitu mementingkan penjagaan kulit wajah.

Tatkala ditanya rahsia kekal cantik dan jelita, ibu kepada dua orang anak lelaki tersebut mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya.

Baca ni ‘Macam kakak dan adik. Lesung pipit tu buat ramai cair.’ Gambar raya Sari Yanti & anak-anak raih pujian!

 

Ungkap beliau, dirinya hanya menggunakan cara biasa yang dipraktikkan oleh orang lain iaitu minum air suam setiap pagi.

“Selain itu, saya juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengan air masak setengah gelas.

“Dalam usia sekarang, saya memang tidak amalkan minum minuman berais dan bergas. Saya turut mengamalkan pengambilan jus pegaga yang dikisar sendiri,” ujar Laila lagi.

HATI KENA CANTIK

Kesibukan dengan shooting tidak pernah menjadi batasan kepada Laila untuk menjaga kesihatan diri.

Selain dari aspek pemakanan, beliau akan ‘mencuri’ masa melakukan señaman ringan ketika berada di rumah.

“Apabila usia sudah masuk 50-an, kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, saya suka memakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.

Iklan

“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda,” ungkap penerima Anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember 2021.

Baca lagi Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Tambah Laila, kecantikan adalah anugerah oleh SANG PENCIPTA. Justeru, menjadi amanah kita untuk menjaganya dengan sebaik mungkin.

“Jangan menyalahgunakan kecantikan. Pada masa sama, hati kita pun kena cantik. Maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya.

“Saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelas Laila lagi.

Iklan

Baca lagi ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Pada masa sama, beliau turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita supaya tidak terlalu bangga dengan kecantikan paras rupa.

“Kecantikan rupa tidak akan kekal, ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam,” ungkap beliau lagi.

Sumber gambar: Instagram lailanasirofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.