Lelaki mengadu sesak nafas lepas tukang gunting urut tengkuk, buat ‘letup letup’

A
A
A

RAMAI yang mengakui lega selepas rambut dipotong. Rasa segar dan ringan kepala.

Ditambah pula apabila kepala digerakkan kepada sudut tertentu, kemudian bunyi ‘krak’ terhasil.

Barangkali perkara itu sudah menjadi kebiasaan tukang gunting. Selepas selesai rambut digunting, pelanggan diberikan ‘sentuhan terakhir’ iaitu urutan yang melegakan.

Tahukah anda perkara tersebut oleh membawa padah kepada tulang tengkuk?

Baca juga: Pradiabetes - Peluang Anda Untuk Mencegah Diabetes Jenis 2

Perkongsian daripada laman Public Health Malaysia mendedahkan seorang lelaki terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang hayat selepas menerima ‘urutan’ tengkuk daripada tukang gunting.

Perkongsian mengenai insiden itu yang wajar dijadikan pengajaran :

Lelaki berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulans.

Pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Baca juga: Mula-Mula Nikmat, Bertukar Azab, Burnout Banyak Berlaku Kepada Yang Bekerja Dari Rumah

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Tulang-tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dan strok.

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk untuk jangka masa panjang

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Diharapkan perkongsian ini menjadikan korang semua berhati-hati. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Baca juga: Jangan malu periksa organ seksual, kaum lelaki disaran buat pemeriksaan segera

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca