TREND mukbang atau meokbang dengan pilihan pelbagai jenis makanan laut yang melimpah di dalam dulang terus menjadi kesukaan ramai.

Menurut Mohd Khairuddin Mat Lazim, tempias populariti kulinari berkenaan secara tidak langsung turut membantu menaikkan nama premisnya, Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang yang terletak di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan sejak tiga tahun lalu.

Mohd Khairuddin yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Norma Mohd Jusoh, 25, antara lain menghidangkan menu seperti Set Mukbang Seafood yang terdiri daripada lambakan udang, sotong, ketam, lala, kupang, kerang, somtam, salad segar dan bihun siam di atas satu talam.

MUKBANG

Ujarnya, sajian tersebut tidak sempurna jika tidak digandingkan dengan dua pilihan kuah iaitu sambal seafood dan mukbang.

“Kedua-dua kuah itu memang menggunakan ‘adunan’ kami tersendiri. Sambal seafood, misalnya diperbuat daripada gabungan ketumbar, cili burung hijau dan merah yang diimport khas dari Thailand, selain kicap sotong, gula Melaka serta perasa.

MUKBANG

“Paling penting, bahan perasa memang diambil dari Siam kerana kami mahu mengekalkan keaslian rasa. Namun, akan diolah sedikit mengikut selera orang tempatan,” katanya yang mengguna pakai resipi warisan ibu mertua yang juga orang Pattani, Thailand.

Selain itu, Miang Pla Pao yang disajikan anak jati Ayer Lanas itu juga wajib dicuba.

MUKBANG

Isi ikan talapia merah yang dibakar sempurna menggunakan mesin khas memang menambat selera.

Peniaga berusia 31 tahun itu berkata, rahsia kelazatan masakan tersebut ialah garam debu yang dilumur pada bahagian luar, manakala isi dalamnya disumbat dengan daun limau, pandan dan daun serai.

 

“Teknik itu menjadikan ikan tidak berbau dan lebih berjus. Garam debu fungsinya memudahkan kulit ikan terlerai. Isinya (ikan) enak dimakan bersama bihun Siam, salad dan sos istimewa.

MUKBANG

“Kalau hadam begitu sahaja pun sudah cukup sedap. Biasanya pelanggan akan pesan menu ini dengan saiz jumbo,” ujarnya yang menjual lebih 50 menu makanan dan 30 minuman setiap hari.

Baca juga Nikmati set talam pelbagai lauk-pauk sambil layan si bulus di Cat Walk Studio Cafe di Melaka. Pasti ramai teruja!

Terbaharu, bapa kepada seorang anak itu turut memperkenalkan menu Ikan Siakap Phed Piaw.

MUKBANG

Kepingan isi ikan yang digoreng garing dan dibubuh dengan kerabu mangga pasti akan membangkitkan keterujaan dalam kalangan pencinta makanan laut. Harga ditawarkan juga berbaloi.

“Kalau kena dengan masanya, pilihan udang kara segar dan pulut durian akan ditawarkan kepada pelanggan tetap.

mukbang

“Ramai juga yang datang singgah makan sebelum bercuti ke sempadan melalui Jambatan Bukit Bunga-Ban Buketa yang terletak hanya 10 minit sahaja dari sini,” katanya.

MUKBANG

Ikan Bakar Samuperai Selera Bintang

  • Alamat: No 1, Sebelah JPJ Bukit Bunga, Kampung Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan
  • Waktu operasi: 2 petang hingga 12 malam
  • Menu signatur: Set Mukbang Seafood dan Miang Pla Pao
  • Harga: Bermula RM1 hingga RM125
  • Facebook: Ikan bakar samuperai – selera bintang

MUKBANG

#jomsinggah

Iklan

MASAKAN Thailand memang kena dengan selera orang kita.

Tidak hanya menu jalanan , set mukbang juga kini semakin dicari ramai.

Keunikan tersebut mendorong lebih ramai pengusaha tempatan memperkenalkan menu dengan lambakan makanan laut itu.

mukbang

Berikut empat destinasi Jom Singgah yang boleh dipertimbangkan jika mengidam mahu menikmati selera Siam:

mukbang

D’origanu Celup Tepung

  • Alamat: Seri Manjung, Perak
  • Waktu operasi: 3 petang hingga 11.30 malam
  • Menu signatur: Miang Pla Siakap & Mukbang Seafood Thai
  • Facebook: D’origanu CELUP Tepung
  • Instagram: @doriganuceluptepung

Baca Nasi lemak penuh satu talam, banyak lauk-pauk, kenyang sampai hari esok. OG Street Kitchen bikin ramai puas hati

mukbang

Iklan

Dapur Mek Siam

  • Alamat: Pasar Besar Gombak, Jalan Gombak, Taman Setapak, Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 12 malam
  • Menu signatur: Miang Pla Siakap & Seafood
  • Facebook: Dapur Mek Siam

mukbang

Colek Bini

  • Alamat: Kampung Membunga, Machang, Kelantan
  • Waktu operasi: 1 petang hingga 12 malam
  • Menu signatur: Set Talam Seafood
  • Facebook: Restoran Colek Bini
  • Instagram: @colekbini

Baca juga Berkelah di tepi padang golf. Pendekatan baharu sajian Miang Pla Ikan Siakap di Kelantan tarik perhatian ramai

mukbang

Tok Wea Corner

  • Alamat: No 1-GF, Block D1, Jalan Setia Perdana BE, U13/B, Setia Alam, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam
  • Menu signatur: Seafod Talam
  • Facebook: Tok Wea Corner
  • Instagram: @tokweacorner

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang