Kerangupan terserlah dengan kerepek kentang JACK ‘n JILL Sour Cream & Onion. Memang sedap, tak cukup sebungkus

SAAT bersantai di rumah atau berkelah di tepi pantai, makanan ringan seperti kerepek kentang selalunya menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Justeru, apa kata pembaca SinarPlus memilih untuk mencuba JACK ‘n JILL Sour Cream & Onion yang baru saja dilancarkan baru-baru ini.

Merupakan snek terulung dari Jepun, anda pasti berpuas hati dengan kerangupan, kunyahan dan rasa sempurna daripada produk terbaharu JACK ‘n Jill Calbee yang sentiasa berpegang kepada slogan Sooooo Japanese.

BACA JUGA: Waaa Bestnye! Kerepek kentang JACK ‘n JILL dengan perisa Asam Pedas Ikan sebenar yang terbaharu

BACA JUGA: Resipi Cottage Pie mudah, enak berperisa, terasa ‘dagingnya’

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, komitmen mereka terhadap kawalan kualiti makanan sentiasa pada paras terbaik.

Iklan

“Snek ini diperbuat daripada kentang premium.

“Kami juga akan pastikan tekstur potongan kerepek beralun dalam memberi kepuasan kepada pengguna sehingga membuatkan mereka mahu menikmati dan mendapatkannya kembali,” kata kenyataan itu.

Iklan

Varian rasa Sour Cream & Onion tersedia dalam dua pilihan saiz pembungkusan iaitu 50 dan 150 gram.

Untuk maklumat lanjut mengenai snek itu, layari https://www.urc.com.my atau ikuti JACK ‘n JILL Calbee di Instagram (jacknjill_my) dan Facebook (JacknJillMY).