BETIK merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang kaya dengan pelbagai khasiat. Buah ini bukan sahaja mempunyai rasa yang manis tetapi kebaikannya juga luar biasa. Terdapat banyak jenis buah betik antaranya betik kampung dan betik kacukan iaitu betik exotica. Betik exotica lebih berisi, rasanya lebih manis dan memiliki warna yang terang.

Baca juga: Sup ketam, jus betik sembuhkan demam denggi? Ini penjelasan pengamal perubatan

Betik atau nama botaninya Carica papaya mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya dalam kehidupan seharian;

  1. Dalam 152 gram betik terdapat 59 kalori, 15 gram karbohidrat, dan satu gram protein.

2. Betik juga kaya dengan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Setiap 152 gram betik yang dimakan dalam tempoh sehari, ia membekalkan 157 peratus keperluan vitamin C, 55 peratus keperluan vitamin A, 14 peratus keperluan folat dan 11 peratus kalium.

3. Kulit betik juga dikatakan mengandungi asid hidroksi alpa (AHAs) yang dapat mencerahkan rona kulit, melembapkan kulit kering selain mengelakkan kulit menjadi kendur. Enzim semula jadi yang terdapat pada kulit betik juga mampu melegakan kulit yang terkena selaran matahari selain membantu menyingkirkan kulit mati dan mengelupas.

Baca juga: Kurangkan kecacingan anak, ibu wajib tahu khasiat betik, bijinya

Kredit foto: Pixabay

4. Buah betik juga membantu untuk melembutkan daging. Dalam sebiji buah betik terkandung papain yang berfungsi untuk memecahkan molekul protein yang kuat pada daging. Cara untuk melembutkan daging mudah sahaja. Selalunya betik digunakan untuk melembutkan daging kerbau.

Guna betik yang mengkal dan belum ranum. Potong dadu bersama kulit. Kisar. Masukkan jus betik ke atas daging. Gaul hingga rata dan sebati. Perap selama dua hingga tiga jam, jika tidak isi daging akan menjadi kering. Selepas itu bolehlah dimasak seperti biasa.

Betik banyak manfaatnya kepada kesihatan dan kecantikan. Berikut antara khasiat-khasiat lain buah betik:

Antioksidan
Betik bersifat anti oksidan dan ada caretonoids. Jenis spesifiknya ialah lycopene. Anti oksida ini memerangi radikal bebas dalam tubuh. Apabila kita makan makanan ringan dan bergula, radikal bebas berlaku. Bahaya radikal bebas boleh menyebabkan Alzheimer’s. Lycopene membantu menaturalkan radikal bebas. Pendapat ini dirakamkan di dalam jurnal saintifik Clinical Intervention in Aging.

Antikanser
Siapa sangka betik yang mudah tumbuh dan murah adalah anti kanser terutamanya kanser payudara. Kajian tentang hal ini dibincangkan di jurnal saintifik International Journal of Food Sciences and Nutrition. Bahan utama yang menjayakan ‘watak’ anti kanser ini tidak lain adalah lycopene.

Kesihatan jantung
Adakah anda tahu tahap kesihatan jantung? Kajian dalam The American Journal Medicine mendapati vitamin C dan lycopene dalam buah betik dapat menghalang penyakit jantung. Bukan sahaja bagus untuk jantung, betik juga baik untuk kesihatan prostat lelaki selain menghalang tumor.

Baca juga: Khasiat betik untuk awet muda

Kredit foto: Pixabay

Antiradang
Satu perkara menarik tentang betik ialah buah ini bersifat anti inflamasi atau anti radang. Buah betik menurunkan jumlah C-Reactive Protein atau CRP yang menjadi punca kepada inflamasi. Sekiranya anda cuba untuk menurunkan berat badan tetapi gagal, kemungkinan puncanya ialah CRP. Anda akan terus makan sebab otak fikir anda belum kenyang. Puncanya otak tidak dapat mengenal hormon leptin.

Halang kerosakan kulit

Iklan

Bab ini penting untuk diambil tahu. Betik kaya dengan vitamin A, C dan E. Tiga vitamin ini bersama dengan lycopene dalam buah betik menjaga kulit daripada berkedut, gelebeh, dan berbintik-bintik. Kajian dalam jurnal saintifik International Journal of Cosmetic Science mendapati bahawa individu yang mengambil betik 14 minggu berturut-turut berjaya memudakan kulit mereka.

Menurunkan kolesterol
Betik juga bersifat anti oksidan, kaya dengan fiber dan potassium yang membantu memastikan arteri tidak tersumbat. Buah yang satu ini juga membantu melancarkan aliran darah.

Redakan senggugut
Daun betik juga tidak kalah dengan khasiat sama seperti buahnya. Esktrak daun betik dilaporkan mampu mengurangkan senggugut. Kajian tentang khasiat tentang khasiat daun betik ini terkandung dalam International Journal of Scientific and Research Publications pada tahun 2020.

Banyak khasiat buah betik terutama untuk kaum wanita. Bermula sekarang boleh amalkan makan buah betik setiap hari. Sangat bagus untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Baca juga: Gabung 16 ulam-ulaman dengan ikan tenggiri, udang atau ayam. Ini rahsia buat botok-botok yang enak

Iklan

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar 

Kredit foto utama: Pexels 1, 2

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi