'Sehelai bulu pun makcik tak halalkan.' Wanita tak puas hati pembahagian daging korban tular, ustaz jelaskan hal sebenar

No Image Caption
A
A
A

BEBERAPA hari lalu tular di laman sosial seorang wanita tidak berpuas hati dalam pembahagian daging korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani, Kedah.

Dalam hantaran yang dimuat naik pendakwah yang juga salah seorang ahli jawatan kuasa Masjid Madad, Ustaz Yaakub Yusra Yusof, peserta ibadah korban berkenaan ada meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan mengenai pembahagian dilakukan kepada golongan yang berhak.

Biarpun sudah memberikan penjelasan, wanita ini tetap mempersoalkan cara pembahagian daging korban.

Bahkan, menerusi mesej yang dihantar, wanita itu mengkritik cara kerja dan pembahagian daging-daging haiwan korban yang didakwanya sebagai tidak adil.

No Image Caption

"Ni mak cik nak habaq makcik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua.

"Kalau tak bagi satu helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain," ujarnya menerusi mesej.

Difahamkan pihak masjid sudah menerangkan tentang pembahagian daging yang mana empat bahagian daging korban wanita itu telah diserahkan kepada penerima yang telah disenaraikan.

Dalam pada itu, Ustaz Yaakub berkata peserta korban perlu mengetahui niat asal melakukan korban.

"Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ke?

"Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti semula telinga lembu kami bagi balik kat dia. Kami bukan nak buat untung. Lepas ini dalam akad tengok elok-elok," ujarnya.

No Image Caption

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa terkejut gara-gara melihatkan sikap individu yang tidak memahami erti ibadah korban. Ujar mereka:

"Apabila tiada ilmu memang susah. Pengajaran buat semua termasuk saya."

"Saya buat korban saya serahkan 100 peratus kepada orang."

"Allahuakhbar. Mesti peserta tu tak faham. Saya pun buat korban seekor lembu dapat 1/3, yang lain kita serah kepada masjid untuk uruskan untuk orang yang layak."

No Image Caption

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan menurut pandangan ulama mazhab Shafie, 1/3 daripada daging haiwan yang dikorbankan boleh dimakan oleh orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya, 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin manakala baki 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Namun cara yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafie ialah menyedekahkan semuanya kecuali beberapa ketul atau suapan yang berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan.

JAKIM mendedahkan ia adalah amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda melakukan korban

Baca juga: Cef kongsi cara betul simpan daging, baru tahan lama & kekal segar walaupun setahun

Baca juga: Cara simpan & defrost daging korban, 10 tip wajib buat elak keracunan

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang