2 minit 32 saat RM1 juta! Aliff Syukri pintas Khairul Aming, raih jualan tertinggi live di TikTok

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mencatat berjaya mencapai pungutan jualan RM 1 Juta terpantas menerusi jualan penstriman langsung (TikTok Shop) sekaligus diiktiraf dalam Malaysia Book Of Records.

Pengiktirafan itu disahkan oleh Pegawai The Malaysia Book of Records,Siti Nurhanim Mohd Noh, menerusi penyerahan sijil rasmi sejurus selepas sesi jualan secara langsung pada malam 3 Ogos 2025 mencatatkan pencapaian luar biasa.

Siapa sangka dalam hanya dalam masa dua minit 32 saat, koleksi Samma Bag Denim Edition yang diperkenalkan Aliff Syukri malam Ahad lalu meraih jualan lebih RM1 juta sekali gus mencipta satu pencapaian luar biasa dalam penstriman langsung tempatan.

No Image Caption

Beliau yang pada mulanya hanya menyasarkan tiga minit untuk RM1 juta pertama tidak menyangka boleh melakukannya dalam tempoh yang lebih singkat iaitu dua minit 32 saat.

"Ini bukan perkara yang mudah walaupun mungkin ada orang nampak sebaliknya. Oleh itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, staf dan rakyat Malaysia.

"Saya berjanji koleksi ini memang benar-benar menawarkan cita rasa eksklusif," katanya.

Aliff Syukri turut berkongsi, pelanggan yang membuat pembelian pada malam tersebut sebenarnya berpeluang menang pelbagai hadiah menarik termasuk percutian ke resort miliknya, jongkong emas, pakej umrah dan macam-macam lagi!

Artikel Berkaitan:

“Kepada anda yang beli tu, jangan lupa buat video ‘unboxing’ okay? Kita tengah cari 50 orang bertuah untuk menang hadiah. Kita ada gores dan menang, siapa dapat itu rezeki mereka.

No Image Caption

"Terima kasih kepada pelanggan yang membeli," katanya penuh keterujaan.

Rekod diraih Aliff Syukri adalah rekod baharu sekali gus berjaya memecahkan rekod sedia ada yang dipegang oleh Khairul Aming melalui jualan Sambal Nyet dengan catatan masa 3 minit 28 saat.

Sekadar info, Aliff yang memulakan perniagaan sejak kecil kini berjaya dalam bidang kosmetik, aksesori wanita dan ekopelancongan.

Beliau adalah pengasas dan orang kuat di sebalik jenama seperti D’Herbs, Sugeh Resort Janda Baik, As Hijab dan Anthons Leather.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang